Perkara yang Merosakkan Taqwa - Ulat 1/5 ialah Kufur
E-Kursus Taqwa Day 13
Tajuk: Ulat 1/5
Kufur ialah ulat yang bahaya. Jom kenal ulat ini untuk dielakkkan
Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 12
Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas
Apakah yang merosakkan Taqwa?
Ulat 1/5 ➡ Kufur ialah ulat yang bahaya
___>
Kita akan berkenalan apakah 5 ulat yang akan mengganggu pohon taqwa yang ingin di bina?
Ulat pertama di dalam al-Quran apa yang dinamakan sebagai Kufur.
___
📌 Kufur itu menutupi
كفور
Berulang 526 kali di dalam al-Quran.
Secara ringkasnya Kufur ini apa?
▶ Kufur ini maksudnya menutupi.
Disebabkan itu malam disebut sebagai كَافِر kerana ia menutupi siang & menutupi benda-benda dengan kegelapannya.
Awan juga disebut sebagai كافر
Ketika ia menutupi matahari.
Petani juga disebut كافر. Di dalam al-Quran juga Allah menggunakan perkataan كُفَّارًا untuk merujuk kepada petani ketika dia menutupi dengan benih-benih dengan tanah.
Ibnu Faris mengatakan :
Kufur merupakan lawan kepada Iman.
__
📌 Jenis-Jenis Kafir
Kalau kita berbincang tentang 8 perkara yang perlu dilaksanakan untuk membina Taqwa sebelum ini. 8 perkara itu semua untuk menguatkan iman.
Dan inilah yang dimaksudkan dengan Kufur yang Allah nyatakan dalam Surah al Baqarah,2 : ayat 6.
Al-Baqarah 2:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
Bila diberikan Inzar (peringatan) dalam kehidupan seharian dengan peristiwa yang berlaku, cabaran-cabaran yang ada, bagi orang yang Kufur itu, dia menutupi kebenaran yang ada.
▶ Dia nampak, dia tahu ada kebenaran, tetapi dia menutupi.
Menurut al-Baghawi, Kufur itu ada 4 kategori :
1) Kufur Ingkar - Tidak mengenal Allah, tidak mengakuinya & Kafir kepadanya.
2) Kufur Juhud, iaitu tidak mengenal Allah dengan hati, tidak mengakuinya dengan lidah seperti kekufuran Iblis.
3) Kufur Inad - mengenal Allah dengan hati, tetapi tidak mengakui dengan lisan.
4) Kufur Nifaq, mengakui dengan lisan tetapi tidak mengiktikadkan dalam hati.
Jadi, inilah ulat yang merosakkan Taqwa.
Itu sebabnya Rasulullah bersabda menyatakan dalam wasiat, dalam haji wada'nya, baginda menyatakan
حَدِيثُ جَرِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ اسْتَنْصِتِ النَّاسَ ثُمَّ قَالَ لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ
Diriwayatkan dari Jarir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda kepadaku sewaktu Haji Wada’ supaya menyuruh para manusia agar diam. Setelah orang-orang diam, beliau bersabda: Janganlah kamu kembali menjadi orang-orang kafir sepeninggalku dengan memukul-mukul leher di antara satu sama lain di kalangan kamu (HR Bukhari dan Muslim/ Muttafaq ‘alaih).
▶ Kerana orang yang Kufur itu apabila ekstremnya mahu menutupi kebenaran, dia sanggup untuk membuat jenayah, membuat pembunuhan.
Dalam Hadis ini secara terang menyatakan, orang kafir itu tidak boleh menjadi orang Muttaqin, kerana naluri mereka itu saling membunuh, saling berperang yang dilarang oleh Allah yang bertentangan dengan karakter orang yang bertaqwa.
__
📌 Ciri-ciri orang Kafir
Jadi dalam al-Quran ini ada tabiat & karakter orang-orang Kafir.
Ada sekitar 11 ciri-ciri orang kafir yang kita perlu beri perhatian yang ingin kita elakkan.
Ciri-ciri orang Kafir :
1) Mendustakan Allah, Al-Quran, Rasul & hari Akhirat.
Mengatakan tidak penting, tidak mahu buat persediaan.
2) Tidak percaya adanya hari Kebangkitan.
3) Tidak percaya kepada Al-Quran.
4) Melarang seseorang mendengar Al-Quran.
5) Membantah dengan bantahan yang batil untuk melenyapkan yang hak.
6) Melarang manusia ke jalan Allah.
Kerana merasakan mengganggu personal interest dia; mengganggu kredibiliti dia.
7) Putus asa daripada rahmat Allah.
8) Menjadikan syaitan sebagai perlindung mereka.
9) Sesat dari jalan yang lurus.
10) Mereka ikut perkara batil.
11) Amal mereka sia-sia. Di buat bukan kerana Allah tetapi kerana dia menutup kebenaran yang ada.
Jadi, inilah tabiat orang-orang kafir menyebabkan mereka tidak dapat dibentuk menjadi orang Muttaqin.
Dan dalam Islam, sifat-sifat dia atas amatlah tercela yang perlu kita beri perhatian, kita minta Allah jauhkan daripada kita, agar ulat ini tidak mengganggu pada setiap hari kita InsyaAllah
Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah
di Group Ketua E-Kursus Taqwa
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home