Membina Pohon Taqwa - 8/8 Puasa Membina Taqwa
E-Kursus Taqwa Day 11
Tajuk: 8/8 Puasa Membina Taqwa
Berikut ialah catatan ringkas daripada audio.
Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas
Bagaimana input membina Taqwa?
Jalan 8/8 ➡ Puasa membina Taqwa
___>
📌 Puasa itu menahan diri
Pada kali ini, kita akan melihat kepada elemen terakhir, apakah yang perlu kita laksanakan untuk mencapai taqwa?
Bagaimanakah mencapai taqwa?
➡Iaitu berpuasa.
Dalam al-Quran, Allah menggunakan perkataan
الصوم @ الصيام
Yang kata akarnya berulang 14 kali dalam al-Quran.
yang bererti:
▶ Menahan atau mengendalikan diri daripada makanan & minuman pada waktu-waktu tertentu.
Al-Asfahani dalam sebuah pandangan menyatakan
▶ Puasa bermaksud menahan diri daripada perkataan atau perjalanan.
Ibnu Faris pula, seorang pakar Bahasa Arab, perkataan
الصوم (ص و م)
▶ Mengandungi erti menahan & diam dalam pada satu tempat.
Maka, jika dikatakan
الصوم الصاءم
▶Ialah Menahan diri atau mengendalikan diri daripada makanan & minuman, daripada semua yang dilarang.
Selain itu, Syed Sabit mencuba mengertikan الصيام secara linguistik pula,
▶ Ialah menahan
Ini berdasarkan daripada surah Maryam, 19 : ayat 26
إِنِّى نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا
"Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman"
Kefahaman perkataan الصوم itu sendiri senada dengan erti puasa dari sudut Syarak yang mengertikan puasa dengan
▶ menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat
____
📌 Ketaqwaan ialah tujuan utama ibadah puasa
Puasa merupakan sebuah ibadah rahsia yang sangat ideal dalam membentuk ketakwaan. Dan memang pada hakikat ketakwaan memang tujuan utama ibadah puasa. iaitu yang Allah nyatakan dalam Surah Al-Baqarah, 2 : ayat 183
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Dalam ayat ini mengajak orang Islam bertaqwa.
Iman membawa kepada prosesnya berpuasa dan puasa akhirnya melahirkan Taqwa.
Jadi, ini penting. Inputnya ialah
Iman ➡ berpuasa ➡ melahirkan Taqwa
Ini adalah kewajipan kepada orang-orang terdahulu, bukan sekadar kepada Nabi ﷺ.
__
📌 Puasa adalah perisai
▶ Puasa juga memelihara diri daripada maksiat, mengendalikan hawa nafsu & melemahkan motivasi maksiat.
Ini dinyatakan dalam hadis Nabi ﷺ menyatakan
الصِّيَامُ جُنَّةٌ مِنْ النَّارِ ، كَجُنَّةِ أَحَدِكُمْ مِنْ الْقِتَالِ
“Puasa adalah perisai dari neraka, seperti perisai salah seorang diantara kamu dari peperangan”
Ini adalah suatu perkara besar.
Hadis ini menceritakan bahawa *puasa memelihara dan melindungi manusia daripada siksa neraka.
▶ Ertinya puasa berperanan sebagai perlindung yang membentengi manusia daripada perbuatan yang dilarang.
Kalau di benteng daripada neraka, itu end point (kaedah dalam hadis & Quran) paling besar. Pasal tak ada lagi besar daripada terlindung daripada neraka.
Sebelum terlindung daripada neraka itu, apakah yang berlaku?
▶ Iaitu terlindung daripada maksiat. Terlindung daripada perkara yang menyusahkan diri, menyusahkan masyarakat. Itulah yang kita maksudkan dengan Taqwa.
Sebaliknya puasa akan membina manusia untuk memperbanyakkan amal kebajikan dengan Mindset syurga yang disediakan oleh Allah kepada orang bertaqwa.
__
📌 orang berpuasa mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah
Dalam m hadis lain dari Sahl bin Sa’ad r.a, dari Nabi ﷺ (bahwa baginda) bersabda.
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ فَإِذَا دَخَلَ آخِرُهُمْ أُغْلِقُ، وَمَنْ دَخَلَ شَرِبَ، وَمَنْ شِرِبَ لَمْ يَظْمَأْ أَبَدًا
“Sesungguhnya dalam surga ada satu pintu yang disebut dengan Rayyan, orang-orang yang puasa akan masuk di hari kiamat nanti dari pintu tersebut, tidak ada orang selain mereka yang memasukinya. Jika telah masuk orang terkahir yang puasa ditutuplah pintu tersebut. Barangsiapa yang masuk akan minum, dan barangsiapa yang minum tidak akan merasa haus untuk selamanya” [Hadits Riwayat Bukhari 4/95, Muslim 1152
Jadi apa kaitan tidak haus itu? Kerana
1) Apabila tidak haus itu, maknanya tak payah minum lagi dah
2) yang kedua, bila haus itu kerana badan kita daripada air. Bila kita haus, kita akan terganggu daripada keamanan apa perkara-perkara seronok & indahnya yang perlu kita laksanakan kerana kena cari air. Maka tidak perlu lagi berlaku di akhirat apabila melalui baburroyyan.
3) Kerana haus itulah suatu perjuangan dalam puasa itu sendiri. Kita akan dapat balik rasa berbaloinya menahan diri tika di dunia. Delay gratification di dunia dahulu kerana ia memberi kesan kepada Baburroyyan ini tadi.
Dan menahan air itu, kalau air yang halal pun kita tahan. Apatah lagi perkara yang tidak dihalalkan, lebih lagi kita mampu tahan diri kita kena Allah membantu kita الصيام menjaga diri.
Dalam hadis ini jelas dilihat bahawa orang berpuasa mempunyai kedudukan tersendiri di sisi Allah & terbukti bahawa orang berpuasa disediakan pintu tersendiri, iaitu pintu Ar-Royyan, di dalamnya tidak akan pernah merasa haus.
__
📌 Rumusan
Jadi, inilah perkara yang ke-8, صوم, samaada puasa yang wajib itu, sudah tentu, tetapi puasa sunat itu menambah lagi nilai bagaimana kita ingin membina Taqwa
Kita doakan jadi orang yang mudah untuk berpuasa.
Cabaran untuk berpuasa sunat ini dengan banyaknya makanan, ada banyak majlis dan macam-macam.
Tetapi kita berdoa kepada Allah S.W.T :
Satu kalau tak dapat berpuasa, kita tahan makan kita, jaga makanan kita, jaga amalan kita dan lebih daripada itu, kita tambahkan dengan puasa sunat.
Itulah sebaik-baik amal yang ditentukan kepada orang terdahulu juga berpuasa. Nabi daud ada berpuasa selang satu hari, dan Nabi Muhammad ada puasa 3 hari di tengah bulan, Isnin dan khamis yang kita doakan betul-betul agar Allah berikan kita kekuatan untuk melaksanakan 8/8 perkara yang telah kita belajar, agar kita menjadi orang yang bertaqwa.
Ini sebagai input persediaan.
Ada 15 perkara kita akan tengok nanti, checklist setiap hari kena buat apa.
Tetapi ini adalah 8 perkara menguatkan iman, menguatkan kuasa keinginan di dalam diri kita agar kita menjadi orang bertaqwa.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home