Wednesday, 16 October 2019

5 Istilah Berkaitan Taqwa dalam Quran.

E-Kursus Taqwa
Hari 2
Perkongsian oleh Tuan Fazrul Ismail 

**

Terdapat 5 Istilah yang berkaitan dengan Taqwa

الخَشْيَة ، الخَوْف، الرَّهْبَه ، الوَجَل، الرَّعْب

__

1) الخَشْيَة
Diulang 48 kali di dalam al-Quran

Bermaksud Takut & segan

Ketakutan yang diiringi dengan makin rasa hormat & segan dengan Allah.

Takut yang membawa makin dekat dengan Allah.

Cth:
Surah Fatir, 35 : ayat 28

إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Imam Ali al-Jurjani memaknakan perkataan ini dengan 3 maksud* :

1) Takut akan sesuatu yang tidak disenangi.
2) Takut akan dijauhkan daripada rahmat Allah dengan banyaknya berbuat kesalahan.
3)Takut kepada Allah kerana mengenal kebesaran & keagungan Allah.

*tanda seseorang itu al-Khasyah.

الخَشْيَة > التقوى
Khasyah ini lebih tinggi sifatnya daripada sifat Taqwa. 

___

2) الخَوْف
Diulang 124 kali dalam al-Quran

Bermaksud takut terjadi sesuatu yang dibenci @ hilang sesuatu yang disenangi.

Lawan kepada الأمان (aman) 

Menurut Raghib al-Asfahani :
" khauf kepada Allah bukanlah sama seperti takut kepada singa, tetapi mengendalikan diri daripada maksiat & taat kepadaNya."

Cth:
Surah Ali Imran, 3 : ayat 175

إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَآءَهُۥ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ 

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.

___

3) الرَّهْبَه
Diulang 12 kali dalam al-Quran

Juga bermaksud takut.

Menurut Raghib al-Ashfahani :
Bermaksud takut dengan hati-hati dengan merasa cemas. Rasa tidak selamat.

Cth:
Merasakan adakah amalan saya hari ini cukup menyelamatkan saya di dunia & di akhirat.

Surah al-Anbiya, 21 : ayat 90

Al-Anbiya 21:90

إِنَّهُمْ كَانُوا۟ يُسَٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًاۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 

sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

__

4) الوَجَل
Diulang 5 kali dalam al-Quran

Takut & cemas.

Takut & gementar menghadapi kebesaran, keagungan & kekuasaan Allah s.w.t serta janji ancamanNya.

Cth:
Surah al-Anfal, 8 : ayat 2

Al-Anfal 8:2

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ 

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Contohnya, apabila mendengar azan, terus gementar (bergetar hati) kerana mengingat kepada Allah.

___

5) الرَّعْب
Diulang 5 kali dalam al-Quran

Takut & cemas seperti di medan perang.

Cth:
Surah al-Azab, 33 : ayat 26

Al-Ahzab 33:26

وَأَنزَلَ ٱلَّذِينَ ظَٰهَرُوهُم مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ مِن صَيَاصِيهِمْ وَقَذَفَ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعْبَ فَرِيقًا تَقْتُلُونَ وَتَأْسِرُونَ فَرِيقًا 

Dan Ia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikanNya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu tawan.

___>

Hadis Nabi ﷺ

حديث أبي هريرة  قال،* قال رسول الله ﷺ:* المسلم أخو المسلم، لا يخونه، ولا يكذبه، ولا يخذله، كل المسلم على المسلم حرام عرضه وماله ودمه، التقوى هاهنا، بحسب امرىء من الشر أن يحقر أخاه المسلم[1].

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Takwa itu terletak di sini”, sambil beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menunjuk ke dada/hati beliau tiga kali[1].
(hadis sahih Riwayat Muslim)

Taqwa itu tempatnya di hati

Surah al Baqarah, 2 : ayat 1&5

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ 

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;


أُو۟لَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


Apabila faham 5 istilah ini, ia akan membantu kita menguruskan taqwa dalam diri dan keluarga. 


Jom dengar

http://akademisinergi.com/files/audio/Day%2002%20.mp3



Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah 
di Group Ketua E-Kursus Taqwa

#Taqwa

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home