Sunday 26 September 2021

Tadabbur Surah Maryam Ayat 1 - 11

Mukadimah


Alhamdulillah, kita dapat menyambung pembelajaran pada halaman 305. Hari ini kita memulakan Surah Maryam, surah Makkiyyah, yang mempunyai 98 ayat. Surah ini menyambung teguran kepada orang Kristian yang berfahaman materialism dan memfizikalkan spiritual sehingga  menyamakan Nabi Isa AS sebagai anak tuhan. Nauzubillahiminzalik. 

Surah Maryam adalah satu-satunya surah yang diabadikan dengan nama wanita. 


Ayat 19: 1

كٓهيعٓصٓ

Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad


Pengajaran


1. Surah ini penuh dengan rintihan dan juga penerangan kepada perjuangan tentang hujjah kepada orang-orang yang mengatakan Isa adalah anak Tuhan. 

2. Orang Kristian memanggil Maryam sebagai Mary. Kristian di Indonesia memanggilnya Maryam juga. Dia dianggap sebagai lambang wanita suci yang diangkat terlalu tinggi sebagai ibu tuhan dan anaknya pun dianggap amat ajaib sehingga digelar anak tuhan. 

3. Surah al-Kahfi mengingatkan kita jangan terlibat dengan cabaran materialism. Materialism ialah mengutamakan dunia berbanding akhirat. Itulah yang dibawa oleh orang Kristian ke dalam agama sehingga konsep tuhan pun diduniakan. 

4. Surah ini dimulakan dengan huruf mukhotho'ah, huruf potong yang menyebabkan kita rasa rendah diri. Kita masuk ke surah ini dengan rasa rendah diri walaupun sudah habis 110 ayat surah al-Kahf. Kita rendahkan diri kerana kita tidak tahu, hanya Allah SWT yang tahu.


Ayat 19: 2


ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُۥ زَكَرِيَّآ


(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.


Pengajaran


1. Surah al-Isra' ada perkataan  عَبْدَهُۥ. Di dalam Surah al-Kahf juga ada perkataan عَبْدَهُۥ.

2. Pada ayat kedua ini juga terdapat perkataan عَبْدَهُ. Taraf seorang manusia itu amat tinggi di sisi Allah SWT apabila dia menjadi hamba yang merendah diri dengan ذِكْرُ. 

3. Allah akan ingat hamba yang merendah diri.


Ayat 19: 3


إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَآءً خَفِيًّا


(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.


Pengajaran


1. Nabi Zakaria AS berdoa kepada Tuhan dengan suara yang lembut (خَفِيًّا) walaupun sewaktu berdoa itu, hatinya rasa seperti hendak meletup. 

2. Baginda tahu hanya Allah SWT yang boleh memberikan bantuan kepadanya.

3. Nabi Zakaria AS sangat mahukan bantuan Allah SWT tetapi tidaklah sampai menjerit meninggikan suara. 


Ayat 19: 4


قَالَ رَبِّ إِنِّى وَهَنَ ٱلْعَظْمُ مِنِّى وَٱشْتَعَلَ ٱلرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنۢ بِدُعَآئِكَ رَبِّ شَقِيًّا


Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu


Pengajaran


1. Ini adalah pengaduan daripada Nabi Zakaria kepada Allah SWT. Baginda merayu bahawa telah lemah tulang dan terlalu sakit.

2. وَٱشْتَعَل ialah kayu api yang terbakar yang akhirnya menjadi debu. Itulah perumpamaan rambutnya yang sudah putih beruban namun baginda tidak pernah kecewa dalam berdoa kepada Allah SWT.

3. Menurut Imam As-Sa'di, tiga perkara ini adalah cara kita berdoa:

a. mengaku yang kita  ini lemah 

b. dengan suara  perlahan

c. tidak kecewa, positif dan yakin yang Allah SWT akan mengkabulkan doa


Ayat 19: 5


وَإِنِّى خِفْتُ ٱلْمَوَٰلِىَ مِن وَرَآءِى وَكَانَتِ ٱمْرَأَتِى عَاقِرًا فَهَبْ لِى مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا


Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.


Ayat 19: 6


يَرِثُنِى وَيَرِثُ مِنْ ءَالِ يَعْقُوبَ وَٱجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا


Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".


Pengajaran


1. Baginda khuatir orang-orang di sekitarnya tidak dapat menjaga kepada agama dan meneruskan legasi dakwahnya kerana baginda sudah tua. Isterinya pula mandul dan tidak ada waris untuk meneruskan dakwahnya.

2. Baginda memohon waris baginya dan keluarga Nabi Yaakub AS.


Ayat 19: 7


يَٰزَكَرِيَّآ إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَٰمٍ ٱسْمُهُۥ يَحْيَىٰ لَمْ نَجْعَل لَّهُۥ مِن قَبْلُ سَمِيًّا


(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):"Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".


Pengajaran


1. Doa Nabi Zakaria dimakbulkan. Menurut Imam Qurtubi, Allah SWT memberi tiga perkara kepada Nabi Zakaria AS:

a. Doanya diterima

b. Diberikan anak sebagai pembantu untuk meneruskan legasi agamanya 

c. Nama Yahya itu belum pernah ada dan diberi oleh Allah SWT


Ayat 19: 8


قَالَ رَبِّ أَنَّىٰ يَكُونُ لِى غُلَٰمٌ وَكَانَتِ ٱمْرَأَتِى عَاقِرًا وَقَدْ بَلَغْتُ مِنَ ٱلْكِبَرِ عِتِيًّا


Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?"


Pengajaran


1. Nabi Zakaria AS membalas berita itu secara langsung kepada Allah SWT tanpa melalui perantara walaupun berita itu disampakan oleh malaikat.

2. Walaupun kita mendapat berita daripada makhluk, kita balas terus kepada Allah SWT.


Ayat 19: 9


قَالَ كَذَٰلِكَ قَالَ رَبُّكَ هُوَ عَلَىَّ هَيِّنٌ وَقَدْ خَلَقْتُكَ مِن قَبْلُ وَلَمْ تَكُ شَيْـًٔا


Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."


Pengajaran


1. Mudah bagi Allah SWT untuk membuat sesuatu.

2. Ini adalah pengenalan kepada persitiwa Nabi Isa AS.


Ayat 19: 10


قَالَ رَبِّ ٱجْعَل لِّىٓ ءَايَةً قَالَ ءَايَتُكَ أَلَّا تُكَلِّمَ ٱلنَّاسَ ثَلَٰثَ لَيَالٍ سَوِيًّا


Nabi Zakaria merayu lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)", Allah Taala berfirman: " Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat".


Pengajaran


1. Tanda Nabi Zakaria AS akan mendapat anak ialah baginda tidak boleh berkata-kata selama 3 malam padahal baginda sihat. 

2. Dalam kehidupan ini, tanda itu penting untuk memastikan yang sesuatu itu bukan daripada syaitan.

3. Syaitan tidak boleh memberi manfaat atau kemudaratan. Tetapi Allah SWT boleh beri manfaat.


Ayat 19: 11


فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِۦ مِنَ ٱلْمِحْرَابِ فَأَوْحَىٰٓ إِلَيْهِمْ أَن سَبِّحُوا۟ بُكْرَةً وَعَشِيًّا


Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat sembahyangnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: "Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang".


Pengajaran


1. Suasana Nabi Zakaria AS berdoa adalah pada waktu malam. Setelah mendapat berita yang doanya dimakbulkan, baginda keluar menyeru kaumnya dalam bahasa isyarat supaya bertasbih pagi dan petang.

2. Bila kita berdoa di mihrab, kita sebenarnya sedang berperang dengan nafsu dan syaitan. Mihrab di rumah atau masjid adalah tempat yang amat dimuliakan oleh Allah SWT dan  ia menjadi perisai.

3. Senjata umat Islam adalah zikir di mihrab. Ini ditakuti oleh syaitan kerana kita sedang mengingat kepada Allah yang akan beri bantuan sepertimana Allah beri bantuan kepada Nabi Zakaria.

4. Berzikir pada waktu pagi dan petang itu adalah latihan penting yang akan menjemput kemenangan kepada umat Islam. 


RESOLUSI


Ingat!

1. Jadilah hamba yang baik, kita akan diingati Allah SWT (19:1)

2. Selalu positif kepada Allah SWT (19:4)

3. Banyakkan berzikir dan hidupkan mihrab kerana ia perisai ampuh berhadapan musuh (19:11)


Saya berasa lega, Allah SWT akan beri bantuan kalau saya berzikir pagi dan petang.


Saya jelas untuk jadi hamba yang baik supaya diingati Allah SWT. Saya jelas untuk selalu positif kepada Allah SWT. Saya jelas saya mesti banyakkan berzikir pagi dan petang dan hidupkan mihrab kerana ia perisai ampuh berhadapan musuh.


Ya Allah, bimbing kami untuk jadi hamba yang baik. Ya Allah, pimpin kami untuk selalu positif kepada Mu. Ya Allah, bimbing kami untuk  jadi orang yang banyak berzikir dan hidupkan mihrab, tolonglah kami untuk membina perisai ampuh bagi berhadapan musuh. Ya Allah, kurniakan kami keturunan yang soleh dan musleh yang dapat meneruskan legasi kebaikan untuk ugama Islam.


Ya Allah, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakan kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ampunkan dosa kami. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab neraka. Perkenankan doa kami Ya Allah Ya Mujib.


Monday 4 May 2020

sinopsis juz 12 & 13 (Surah Hud, Yusuf, Ar-Ra'd dan Ibrahim)

QuranTime
23 Mac 2020
Hari ke-6 #ArahanKawalan Pergerakan Malaysia

Janji temu online kita setiap hari jam 8 - 8.30 pagi.

Jom kita hayati sinopsis juz 12 & 13 (Surah Hud, Yusuf, Ar-Ra'd dan Ibrahim)

https://www.facebook.com/1739273219622995/posts/2570746326475676/


Friday 15 November 2019

Tadabbur Surah Fatir 35:28


*Tadabbur Surah Fatir 35 : 28 (الخَشْيَة)*

A'uzubillahi minasyaitanirrajim

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا * يَخْشَى* اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ - 35:28

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh *bimbang dan takut* (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

*Mesej ayat*

Fathir surah ke-35, bermakna Pencipta
Tema surah: Serah diri adalah jalan keagungan
Surah bermula dengan Pujian bagi Allah yang berkuasa mencipta langit dan bumi dan malaikat.
Surah berakhir dengan Allah memberitahu bahawa Dia tahu kita banyak melanggar perintahNya, tapi Dia memberi tempoh untuk kita bertaubat.

1.     Allah mencipta manusia berlainan bangsa dengan warna yang bermacam-macam.
2.     Allah juga mencipta binatang-binatang yang berbagai jenis, binatang yang melata (binatang liar), binatang ternakan dengan warna yang berbagai-bagai.
3.     Hanya orang yang berilmu mempunyai perasaan bimbang dan takut untuk melanggar perintah Allah.
4.     Orang berilmu takut menghina/menindas manusia lain yang bukan sebangsa dengannya.
5.     Orang berilmu juga takut untuk mengkhianati binatang liar atau ternakan sebab semua itu adalah ciptaan Allah.
6.     Allah Maha berkuasa mencipta apa saja untuk menguji manusia siapakah yang lebih baik amalannya terhadap ciptaan Allah yang lain.
7.     Namun sekiranya kita terlanjur melakukan dosa kepada makhluk lain, kita hendaklah segera bertaubat kerana kita yakin bahawa Allah Maha Pengampun.
8.     Allah tidak hukum kita terus setiap kali kita buat dosa. Dia memberi tempoh untuk kita bertaubat.
9.     Kita mesti sedar kita adalah hamba yang Allah cipta. Jadi kita mestilah serah diri kepada Allah, memohon petunjuk ke jalan yang lurus menuju syurga.
10.  Kita juga mesti sedar, Allah cipta kita juga sebagai khalifah untuk menjaga makhluk ciptaan Allah yang lain. Hanya orang berilmu mampu menjadi khalifah yang baik.


*Tindakan*

1.     Kita hendaklah hormat kepada manusia lain walaupun mereka berbeza bangsa dan warna sebab Allah suka kepada orang yang meghormati orang lain.
2.     Kita juga jangan khianati binatang.
3.     Kita mesti tambah ilmu supaya kita tahu cara terbaik untuk mentadbir diri, keluarga, organisasi dan negara agar tidak tersilap melakukan dosa sepanjang pentadbiran kita.
4.     Kita mesti serah diri atas jalan keagungan Allah.
5.     Kita mesti pebanyakkan istighfar dan pohon doa supaya Allah tidak ambil nyawa kita dalam keadaan kita berdosa.


Ya Allah Ya Affuw, Ya Ghaffar, Ya Tawwab, Ya Quddus, Ya Jalil, Maafkan kami, ampunkan segala dosa kami, terimalah taubat kami, sucikan dan jernihkan hati kami dari karat dosa, berhala dunia, kotoran dosa dan syirik yang mengalir dalam darah kami. Jadikan kami orang yang menghormati manusia dan makhluk ciptaan Mu yang lain. Kami tahu Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, kuniakan kami kekuasaan berasaskan ilmu supaya kami dapat menyerahkan diri kepada Mu dalam apa jua tindak tanduk kami. Kurniakan kami kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Aamiin.

*Wallahua'lam*

Wednesday 13 November 2019

Ciri 15/15 Pohon Taqwa - Tahjud

E-Kursus Taqwa Day 30

Tajuk: Ciri 15/15 Pohon Taqwa  - Tahjud

Mengapa ia penting?

http://akademisinergi.com/files/audio/day30taqwatahjud.mp3


Tuesday 12 November 2019

Ciri 14/15 Pohon Taqwa - Tidak Berterusan Berbuat Dosa dan Keji

E-Kursus Taqwa Day 29

Tajuk: Ciri 14/15 Pohon Taqwa  - Tidak Berterusan Berbuat Dosa dan Keji

Mengapa ia penting?

http://akademisinergi.com/files/audio/day29taqwatidakishrar.mp3

Monday 11 November 2019

Ciri 13/15 Pohon Taqwa - Ihsan

E-Kursus Taqwa Day 28

Tajuk: Ciri 13/15 Pohon Taqwa  - Ihsan

Mengapa ia penting?

http://akademisinergi.com/files/audio/day28taqwaihsan.mp3

Sunday 10 November 2019

Ciri 11-12/15 Pohon Taqwa - Tutup Marah dan Maafkan

E-Kursus Taqwa Day 27

Tajuk: Ciri 11-12/15 Pohon Taqwa  - Tutup Marah dan Maafkan

Mengapa ia penting?

http://akademisinergi.com/files/audio/day27taqwatutupmarahmaaf.mp3