Tadabbur Surah Fatir 35:28
*Tadabbur Surah
Fatir 35 : 28 (الخَشْيَة)*
A'uzubillahi
minasyaitanirrajim
وَمِنَ النَّاسِ
وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا * يَخْشَى* اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ
عَزِيزٌ غَفُورٌ - 35:28
Dan
demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta
binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya. Sebenarnya
yang menaruh *bimbang dan takut* (melanggar perintah) Allah dari kalangan
hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun.
*Mesej ayat*
Fathir surah
ke-35, bermakna Pencipta
Tema surah:
Serah diri adalah jalan keagungan
Surah
bermula dengan Pujian bagi Allah yang berkuasa mencipta langit dan bumi dan malaikat.
Surah
berakhir dengan Allah memberitahu bahawa Dia tahu kita banyak melanggar
perintahNya, tapi Dia memberi tempoh untuk kita bertaubat.
1. Allah mencipta manusia berlainan bangsa
dengan warna yang bermacam-macam.
2. Allah juga mencipta
binatang-binatang yang berbagai jenis, binatang yang melata (binatang liar),
binatang ternakan dengan warna yang berbagai-bagai.
3. Hanya orang yang berilmu mempunyai
perasaan bimbang dan takut untuk melanggar perintah Allah.
4. Orang berilmu takut menghina/menindas
manusia lain yang bukan sebangsa dengannya.
5. Orang berilmu juga takut untuk
mengkhianati binatang liar atau ternakan sebab semua itu adalah ciptaan Allah.
6. Allah Maha berkuasa mencipta apa
saja untuk menguji manusia siapakah yang lebih baik amalannya terhadap ciptaan
Allah yang lain.
7. Namun sekiranya kita terlanjur melakukan
dosa kepada makhluk lain, kita hendaklah segera bertaubat kerana kita yakin
bahawa Allah Maha Pengampun.
8. Allah tidak hukum kita terus setiap
kali kita buat dosa. Dia memberi tempoh untuk kita bertaubat.
9. Kita mesti sedar kita adalah hamba yang
Allah cipta. Jadi kita mestilah serah diri kepada Allah, memohon petunjuk ke
jalan yang lurus menuju syurga.
10. Kita juga mesti sedar, Allah cipta
kita juga sebagai khalifah untuk menjaga makhluk ciptaan Allah yang lain. Hanya
orang berilmu mampu menjadi khalifah yang baik.
*Tindakan*
1. Kita hendaklah hormat kepada manusia
lain walaupun mereka berbeza bangsa dan warna sebab Allah suka kepada orang
yang meghormati orang lain.
2. Kita juga jangan khianati binatang.
3. Kita mesti tambah ilmu supaya kita
tahu cara terbaik untuk mentadbir diri, keluarga, organisasi dan negara agar
tidak tersilap melakukan dosa sepanjang pentadbiran kita.
4. Kita mesti serah diri atas jalan
keagungan Allah.
5. Kita mesti pebanyakkan istighfar dan
pohon doa supaya Allah tidak ambil nyawa kita dalam keadaan kita berdosa.
Ya Allah Ya
Affuw, Ya Ghaffar, Ya Tawwab, Ya Quddus, Ya Jalil, Maafkan kami, ampunkan segala
dosa kami, terimalah taubat kami, sucikan dan jernihkan hati kami dari karat
dosa, berhala dunia, kotoran dosa dan syirik yang mengalir dalam darah kami.
Jadikan kami orang yang menghormati manusia dan makhluk ciptaan Mu yang lain.
Kami tahu Engkau Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, kuniakan kami kekuasaan berasaskan
ilmu supaya kami dapat menyerahkan diri kepada Mu dalam apa jua tindak tanduk
kami. Kurniakan kami kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Aamiin.
*Wallahua'lam*
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home