Tuesday, 15 October 2019

Formula Taqwa

Catatan E-Kursus Taqwa Hari 1
Perkongsian oleh Tuan Fazrul Ismail 

Formula Taqwa : 8-5-15-21

8 -  Jalan Menuju Taqwa. 
5 -  Hal yang merosakkan Taqwa (ulat kepada pohon taqwa). 
15 - Ciri-ciri orang bertaqwa ( aktiviti harian yang perlu dijaga). 
21 - Kurniaan Allah kepada orang bertaqwa. 

***
Maksud biasa
Taqwa : Melaksanakan kebaikan yang disuruh oleh Allah & menjauhi laranganNya. 

**

Berikut ialah maksud Taqwa daripada sudut Etimologi :-

Disebut 258 kali dalam Al-Quran 

Maksud asal berdasarkan Kata dasar Perkataan Taqwa ( التقوى) ialah
وَقَى - يَقِى - وِقَايَة - اتَّقِ

وَقَى
Menolak sesuatu daripada sesuatu dengan sesuatu yang lain. 

وِقَايَة
Memelihara sesuatu

اتَّقِ
Jadikan Allah sebagai pemelihara

Umumnya bermaksud Menjaga / memelihara / melindungi / hati-hati / menjauhi sesuatu atau takut daripada azab. 

Taqwa bermaksud mengelak atau menjauhkan sesuatu Marabahaya daripada diri kita (dengan bantuan daripada Allah azza wajalla)

Taqwa merupakan satu tahap tinggi. 
Islam ➡ Iman ➡ Taqwa

**

Taqwa sebagai Risk Management dalam kehidupan. 

Untuk memelihara diri, keluarga, masyarakat, daripada masalah besar  terutamanya masalah di Akhirat kelak, ia perlunya kepada Taqwa. 

Taqwa ialah jawapan kepada Risk Management paling terbaik. Iaitu dengan memohon perlindungan daripada yang Maha Berkuasa bukan kepada manusia yang lemah.



Dijemput untuk mengikuti audio berkaitan formula 8-5-15-21 dalam membina pohon taqwa.

http://akademisinergi.com/files/audio/Day01.mp3



Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah 
di Group Ketua E-Kursus Taqwa

#Taqwa

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home