Membina Pohon Taqwa - 6/8 Beribadah kepada Allah S.W.T
E-Kursus Taqwa Day 09
Tajuk hari ini: Ibadah kita betul-betul ibadah menuju taqwa?
Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa
Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas
Bagaimana input membina Taqwa?
Jalan 6/8 ➡ Beribadah kepada Allah S.W.T
📌 Ibadah itu taat dan khudhu' الخضوع
عِبَادة
Di dalam Al-Quran berulang 275 kali.
▶ Bermaksud taat, tunduk, Khudhu' (خضوع) & rendah hati.
Selaras dengan pengertian ini, dalam kitab 'al-Ibadah Fil Islam (العبادة قي الإسلام), ditegaskan bahawa makna asal Taqwa ini adalah taat.
Para pakar Bahasa Arab berpendapat, ketaatan dan kekhudhu'an ini pada tahap yang maksimum.
Kita boleh melihat kepada Surah al-Hijr, 15 : ayat 99
Al-Hijr 15:99
وَٱعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ ٱلْيَقِينُ
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
Menurut Ibnu Kathir,
▶ Ibadah merupakan suatu amal yang menghimpunkan cinta, 'Khudhu', dan 'khauf' yang sempurna.
Maksudnya ada 3 perkara :
- Cinta kepada Allah,
- Khudhu' itu merendah diri,
- Khauf kerana ada rasa takut
3 perkara ini berkumpul secara sempurna, maka itulah yang dinamakan Ibadah.
Sebagai contoh :
Kita yang sedang mendengar Audio ini sekarang. kalau kita mendengar kerana cinta, kerana merendah diri, kerana mendengar ayat-ayat Allah dan dalam masa yang sama kita takut samaada kita ini tidak mencapai standard yang ada pada apa yang kita belajar, pada ilmu yang kita pelajari dan pada apa yang kita laksanakan selepas ini.
Maka, itulah yang dimaksudkan dengan ibadah seperti mana yang dimaksudkan oleh Ibnu Kathir.
___
📌 Mindset ketika beribadah : keyakinan rasa keagungan Allah S.W.T.
Syeikh Muhammad Abduh menyatakan~
▶ Ibadah merupakan suatu bentuk kedudukan yang mencapai puncaknya. Yang timbul dari adanya rasa keagungan Allah yang disembahnya; yang tidak diketahui sumber serta ada keyakinan bahawa Allah mempunyai kekuasaan yang tidak terjangkau.
Jadi, kita merasakan sesuatu yang hebat walaupun ilmu kita terhad, tidak pernah melihat, tapi kita tahu bahawa ada yang hebat disebalik apa yang kita ibadah kan.
Daripada perkara ini, kita boleh memahami mengapa mindset ibadah ini menyebabkan seseorang itu boleh menjadi orang bertaqwa, orang yang sentiasa memelihara dirinya daripada pelbagai masalah di dunia ataupun di akhirat dengan bantuan Allah S.W.T.
___
📌 Beribadah lah kepada Tuhan yang menciptakan
Allah menyatakan dalam Surah Al-Baqarah, 2 : ayat 21
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
▶ Ayat ini secara umum untuk seluruh manusia, bukan hanya kepada orang beriman.
Bagi orang yang beriman, maksudnya, kita kena kuatkan lagi ibadah kita kerana kita sudah ada Iman.
Manusia (paling rendah) ➡ Manusia yang beriman ➡ Manusia yang bertaqwa (lebih tinggi)
Di sini, di dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa :
❇ Manusia biasa - beribadahlah
❇ Orang beriman - kuatkan lagi ibadah yang ada.
❇ Orang yang belum beriman - mulakan ibadah dengan merujuk kehambaan itu kepada رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ, Tuhan yang menciptakan.
Ada sebahagian agama berkata ada tuhan angin, tuhan kaya, ada tuhan ribut, dan bermacam lagi, tetapi tuhan yang menciptakan itu hanya satu.
Nak ceritanya bahawa tuhan yang paling hebat itu, tuhan yang menciptakan.
Apabila kita cakap tentang penciptaan ini, bukan sahaja bermaksud penciptaan manusia, tetapi penciptaan mati, hidup dan sebagainya. Maka, bukan sekadar mencipta kita, tetapi juga menciptakan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu menjadi orang lebih tinggi martabatnya, yakni bertaqwa, akan dapat bermacam manfaat yang kita akan lihat pada siri-siri akan datang.
Jadi, ibadah ini,
❇ rasa hamba,
❇ rasa berhutang,
❇ ingin buat yang terbaik, mengikut apa yang dikatakan oleh tuhan
Itu adalah mindset, adalah suatu perkara yang perlu kita hayati pada setiap masa.
__
📌 Ibadah itu membawa Taqwa, mendapat macam-macam
Allah menyatakan dalam Surah Az-Dzariyat, 51 : ayat 56
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ *إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Kalau dikaitkan dengan siri sebelum ini, ayat ini datang selepas ayat peringatan seperti yang telah dijelaskan salam pengisian sebelum ini.
▶ Zikra itu akan memberi kesan kepada orang yang beriman. Orang yang beriman itu akan sentiasa sedar bahawa dirinya adalah hamba.
Apabila ada rasa kehambaan, maka dia makin beriman, insyaAllah makin bertaqwa. Orang inilah yang akan mendapat bantuan, panduan, perhatian yang hebat daripada Allah & juga seluruh kerajaan Allah S.W.T.
Jadi, tujuan manusia adalah untuk beribadah dan kemudian jikalau ada masalah, maka dijaga dengan Taqwa.
Itu sebabnya dalam hadis Nabi ﷺ menyatakan :
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُوْلُ : يَا ابْنَ آدَمَ! تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِيْ، أَمْلأْ صَدْ رَكَ غِنًى، وَأَسُدَّ فَقْرَكَ، وَإِنْ لاَ تَفْعَلْ مَلأْتُ يَدَكَ شُغْلاً، وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكْ
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman, ‘Wahai anak Adam!, beribadahlah sepenuhnya kepadaKu, niscaya Aku penuhi (hatimu yang ada) di dalam dada dengan kekayaan dan Aku penuhi kebutuhanmu. Jika tidak kalian lakukan niscaya Aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi kebutuhanmu (kepada manusia)”
تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِيْ
▶ Curahkan tenaga, fikiran, dan waktu untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Cari masa, gunakan segala-gala, masa yang ada untuk beribadah kepada Allah.
Kita yang mendengar sekarang, selepas ini berazam akan meningkatkan lagi ibadah, sambung lagi ibadah lagi dan lagi.
أَمْلأْ صَدْ رَكَ غِنًى
▶ *Nescaya aku penuhi hatimu dengan kekayaan
وَأَسُدَّ فَقْرَكَ
▶ Menutupi kemiskinan Kurniaan Allah yang bermacam.
Sebab apa?
Sebab penuhkan ibadah itu akan membawa Taqwa, apabila bertaqwa, orang itu akan diberi bermacam-macam, salah satunya, hatinya dipenuhkan, diberi kekayaan dan ditutup dengan kefakiran.
وَإِنْ لاَ تَفْعَلْ مَلأْتُ يَدَكَ شُغْلاً
▶ Jika kamu tidak berbuat demikian, (maksudnya tidak penuhkan dengan ibadah), maka aku akan penuhi hatimu dengan 2 perkara, iaitu gelisah/sibuk memanjang
وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكْ
▶ Aku akan tidak menutup fakirmu (maksudnya kita akan selalu meminta-minta, tak cukup, tak selesai masalah yang ada).
Kerana apa?
Rupa-rupanya kerana tidak diberi keutamaan sebagaimana dalam ayat daripada Surah Az-Dzariyat, keutamaannya adalah ibadah bukan untuk mengusahakan/mencipta rezeki.
Usaha itu penting, tetapi jangan usaha kita itu melangkaui daripada ibadah yang perlu dilaksanakan.
Jadi, inilah ibadah.
___
📌 Rumusannya
Ibadah ini menurut seorang ulama al-Anshori sebagai perkataan, perbuatan batin dan lahir yang dicintai, diredhai Allah seperti mengerjakan yang wajib, sunat, meninggalkan yang makruh, dan menjauhi yang haram.
Jadi, inilah azam kita untuk bagaimana kita menguatkan lagi ibadah.
Ibadah itu bukan sekadar datang daripada luaran, tetapi datang daripada dalaman itu sendiri.
Hati yang Khudhu', yang penuh mahabbah, penuh dengan Khauf, maka ibadah yang begitu adalah ibadah yang membawa kita kepada Taqwa, insyaAllah kita akan dapat macam-macam seperti hadis Nabi sebentar tadi.
Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah
di Group Ketua E-Kursus Taqwa
#Taqwa
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home