Friday, 18 October 2019

Membina Pohon Taqwa - 2/8 Amalkan Al-Quran Sekuatnya

E-Kursus Taqwa
Hari Ke-4

Perkongsian oleh Tuan Fazrul Ismail 

Tajuk : Amalkan Al-Quran sekuatnya


Jalan 2/8  ➡ Berpegang teguh dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran

Surah al-'Araf, 7 : ayat 171

وَإِذْ نَتَقْنَا ٱلْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُۥ ظُلَّةٌ وَظَنُّوٓا۟ أَنَّهُۥ وَاقِعٌۢ بِهِمْ خُذُوا۟ مَآ ءَاتَيْنَٰكُم بِقُوَّةٍ وَٱذْكُرُوا۟ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): " Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa "

▶ Ayat ini bercerita tentang Bani Israel pada zaman Nabi Musa a.s. 

Panduan ini untuk kita juga, umat Nabi Muhammad ﷺ kerana dalam al-Quran, dengan kaedah Ibrah. Ayat al-Quran itu berlaku umum, tidaklah berlaku menurut sebabnya yang khusus.

Dalam konteks ayat ini, bukan sekadar untuk Bani Israel, tetapi untuk kita. Ini kaedah dalam kita membaca, mentadabbur, kita memahami Al-Quran. 


خُذُوا۟ مَآ ءَاتَيْنَٰكُم بِقُوَّةٍ

▶ Ambillah & terimalah dengan bersungguh-sungguh dengan sepenuh kekuatan.

Kena gunakan seluruh kekuatan yang ada untuk belajar, mengkaji & mengamalkan.


وَٱذْكُرُوا۟

▶ Dan ingatlah
▶ Ingat itu bukan sekadar di minda kita, tetapi ingat di dalam kehidupan kita.

Mengamalkan panduan yang ada dalam al-Quran, sebagaimana peringatan kepada Bani Israel ini, perlu mengingati & mengamalkan apa yang terkandung di dalam kitab Taurat itu sendiri.

Inilah yang disampaikan untuk kita ambil pengajaran.

Ini konsisten dengan ayat seterusnya dari Surah Al-Baqarah 2 : ayat 63

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَٰقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ ٱلطُّورَ خُذُوا۟ مَآ ءَاتَيْنَٰكُم بِقُوَّةٍ وَٱذْكُرُوا۟ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): " Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa .

▶ Menurut ayat ini, syarat untuk mencapai Taqwa ialah kita perlu gunakan kekuatan sebaik mungkin untuk mengambil isi kandungan Al-Quran  (bagi kita umat Islam) dan ingat serta amalkan lah, jangan lupa.

__

💝 Al-Quran sebagai Hidayah (hadiah)

Surah Az-Zukhruf, 43 : ayat 43

فَٱسْتَمْسِكْ بِٱلَّذِىٓ أُوحِىَ إِلَيْكَۖ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ 

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.

▶ Ayat ini menyatakan betapa pentingnya berpegang teguh dengan Al-Quran & ingatlah apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertaqwa. 

Al-Quran ini perlu dipegang dengan kuat kerana itu adalah hadiah (Hidayah) daripada Allah Taala.

Contohnya ~
😯Mungkin hari ini kita rasa nak dengki, kita dengki pada orang, tanpa kita sedar bahawa Allah itulah yang memberi segala nikmat, memberi nikmat-nikmatnya kepada orang lain.
😱 orang berbunuhan.
😢 orang boleh melakukan kerosakan. 
🤑 Orang melakukan rasuah
😩 Dan pelbagai perkara buruk lain. 

Kerana apa? 

Kerana tidak mendapat Hidayah daripada Allah. Ataupun sudah dapat Hidayah, tetapi ditutup atau diabaikan. 

___

💝 Al-Quran pemberi syafaat

Hadis Nabi ﷺ
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « الْقُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ، وَمَاحِلٌ مُّصَدَّقٌ، مَنْ جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَهُ إِلَى النَّارِ »

القرآن شافع مشفع
Al-Quran itu adalah pembela yang diterima ءَاتَيْنَٰكُم syafaatnya 

وماحل مصدق
utusan yang dipercayai.

من جعله أمامه قاده إلى الجنة،
Barang siapa yang menjadikannya imam (dengan mengamalkan semua perintahNya), dihantarnya ke Syurga.

ومن جعله خلفه ساقه إلى النار
Barang siapa yang membelakangkan Al-Quran (bermaksud tidak mengamalkan apa yang ada di dalam al-Quran itu, tiada menjadi syafaat), malah ia menjadi laknat kepada orang-orang yang tidak mengambil penting perkara ini.

Inilah peringatan Allah~

__

💝 Batas-batas larangan agar bertaqwa (terpelihara)

Al-Baqarah 2:187

.... تِلْكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 

"...., Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa." 

▶Ayat ini bercerita tentang iktikaf, tentang puasa. Ada syarat-syarat, ada had, @ pun limit daripada Allah.


Mengapa Allah letakkan had & limit? 

Allah itu sempurna, tetapi Allah memberi peraturan kerana Allah inginkan yang terbaik kepada kita.

Di dalam ilmu matematik itu, ada ilmu had, ilmu limit, sekiranya kita belajar kalkulus. Kenapa perlu ada limit?

Kerana dalam hidup, kita tak dapat diselesaikan kecuali apabila kita ada limit, kita ada had yang perlu diambil kira. Barulah kita dapat selesaikan masalah matematik, kalkulus, masalah engineering dengan baik.

Jangan dekati kepada had Allah, kerana Allah inginkan kepada manusia agar bertaqwa. Menjaga diri agar jauh daripada masalah di dunia & masalah di Akhirat.

__

Moga kita sentiasa menjadi orang komited dengan Al-Quran, sentiasa mengamalkan selepas mengkaji.

Kita cuba sedaya upaya, sekuat kita, dengan izin Allah inti beramal dengan Al-Quran, sehingga ia menjadi syafaat kepada kita di akhirat nanti.


Jom dengar dengan klik di bawah


http://akademisinergi.com/files/audio/day04AmalkanSekuatnya.mp3


Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah 
di Group Ketua E-Kursus Taqwa

#Taqwa

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home