Thursday, 24 October 2019

Membina Pohon Taqwa - 7/8 Qisas Memastikan Kehidupan

E-Kursus Taqwa Day 10

Tajuk hari ini: Qisas Memastikan Kehidupan

Mengapa ada yang tidak nampak hakikat ini? Apa kaitan ulul albab dan taqwa?



Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa

Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail 
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas

Bagaimana input membina Taqwa?

Jalan 7/8  ➡ Qisas memastikan kehidupan


📌 Qisas : Balas dengan balas

 ٱلْقِصَاصُ

Berulang sebanyak 4 kali di dalam  al-Quran.

▶ Bermaksud: Balasan yang diberikan kepada penjenayah. Iaitu balas dengan balas.

Dinyatakan salah satunya dalam Surah Al-Baqarah, 2 : ayat 178

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَىۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ  

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan.

Qisas mungkin satu perkara yang asing, tetapi di dalam al-Quran inilah perkara ke-7 yang perlu di bina untuk mencapai orang yang bertaqwa. 

ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ

▶ Orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempun (balas dengan balas). 

Misalnya :
Kalau orang itu membunuh, maka perlu di balas dengan orang itu perlu dibunuh. Ini contoh ringkas yang tidak di 'detail'kan macam mana kita lihat perkara ini. 

Ideanya ialah, bagi jenayah sesuatu perkara, ia perlu diberi perhatian Ini tidak boleh berat sebelah :

contohnya:
Bagi kesalahan hamba di balas dengan hamba, tetapi kalau orang yang bebas (bigbos) dengan kesalahan jenayah membunuh dilepaskan. Ataupun dia bunuh orang lain sebagai ganti kepada beliau. Ini tidak boleh. Walaupun ahli keluarga orang yang kena memaafkan dengan adanya ta'zir. Maka jumlah bayarannya itu perlulah ditentukan oleh keluarga. Tidak boleh ditentukan oleh pihak tertentu dan banyak detail di dalam perkara ini. 

__

📌 Qisas ini jaminan hidup

Allah nyatakan dalam Surah Al-Baqarah ini, ayat 179,  

وَلَكُمْ فِى ٱلْقِصَاصِ حَيَوٰةٌ يَٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Walaupun ayat ini pendek, namun ada 4 istilah yang disebut dalam ayat yang kita mahu bincangkan :
  1. Al-Qisas - ٱلْقِصَاصِ
  2. Hayah - حَيَوٰةٌ (kehidupan) 
  3. Ulul Albab - أُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ
  4. Agar bertaqwa لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Bagaimana nak membina Taqwa? 

Sebenarnya prosesnya itu perlu melalui:-

Qisas ➡ Qisas itu ada Hayah ➡ Hayah ini, hanya dapat dikenalpasti oleh Ulul al-Bab ➡ orang yang Ulul Albab sahaja yang boleh menjadi orang bertaqwa.

Tidak semestinya orang ulul albab itu bertaqwa tetapi orang bertaqwa itu, sudah pasti orang Ulul Albab.


Qisas ini apa sebenarnya?

➡ Peraturan

Peraturan daripada siapa?
➡ Daripada Allah S.W.T. 

Peraturan yang amat tinggi. Di bawah itu ada banyak peraturan. Kalau peraturan yang paling tinggi kita boleh terima, maka peraturan rendah pun kita boleh terima.

Apakah hikmah daripada peraturan itu? 

➡ Allah cakap untuk حَيَوٰةٌ (kehidupan) 

حَيَوٰةٌ
▶ Suatu kehidupan yang tidak bertepian. 
Maksudnya, jaminan kelangsungan hidup bagi orang-orang lain di dalam sesebuah negeri, di dalam sesebuah negara. 

Definisi jaminan حَيَوٰةٌ (kehidupan) :
1) Kehidupan fizikal. Hidup aman damai.
Itu memang penting. Orang tak berani untuk buat jenayah-jenayah yang lain.
2) Hidupnya hati manusia itu kerana dia berpandukan hukuman daripada Allah S.W.T.

Dan apabila ia dipandu oleh Allah al-Hayyu الحي, yang Maha Hidup, Al-Qayyum القيوم, yang Maha meneguhkan. Maka, kita sentiasa mendapat bantuan dari Allah S.W.T.

Itu sebabnya perlu beriman pada Qisas.
▶ Kalau Qisas ini tidak dilaksanakan dan  ia perlu diusahakan.

Contoh kesan tiada Qisas:
1) Ada hukuman jenayah yang lebih tidak adil. 
Cth : Gantung sampai mati & renjatan elektrik kerana dadah. Tetapi rupa-rupanya itu tidak sah.

2) Kesan Trauma kepada masyarakat. 
Cth: Orang yang kena penjara seumur hidup kerana membunuh. Jadi orang ini, mungkin dah habis term penjaranya , jadi dia keluar balik, maka dia akan menjadi trauma kepada masyarakat.

Jadi, ini perkara-perkara yang berlaku kepada Qisas. Ada حَيَوٰةٌ kehidupan.

__

📌 Qisas hanya di fahami oleh orang Ulul Albab

Memahami hikmah ini, bukan ramai orang faham. Ada yang kata hukuman ini adalah zaman dahulu kala, zaman Arab, di padang pasir. Ini bukan untuk orang di negara yang sedang maju.

Maka Allah mengatakan Qisas ini hanya akan dapat difahami bagi orang yang 'get the point'. Orang yang bersih hatinya. Orang yang sentiasa cuba bersihkan hatinya dengan melihat sampai ke 'Lub'. 

أُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰب
▶ Orang yang dapat isi daripada sesuatu yang sedang Allah sampaikan.

Dia baca al-Quran, dia dapat point yang sedang disampaikan.
Dia berbincang ataupun berborak dengan orang, orang cakap sesuatu perkara, dia 'get the point'. Dia bukan 'lost the point' Ataupun 'miss the point'.

Jadi inilah Ulul Albab.

Ada 16 tempat di dalam Al-Quran

Oleh berdasarkan 179, surah Al-Baqarah, dalamnya 

Qisas ➡  hikmahnya Hayah ➡ difahami oleh Ulul Albab ➡ menjadi orang bertaqwa.

▶Inilah prosesnya untuk mencapai Taqwa. 

kita kena banyak mengkaji tentang hukuman-hukuman Allah ini bukan untuk menyusahkan tetapi sebenarnya untuk menjauhi sesuatu yang lebih buruk.

Contohnya orang yang ada kanser kena potong bahagian yang bahaya itu, maka lepas itu dia lebih selamat.

__

📌 Qisas mencegah ke arah pembunuhan berlanjutan.

Syed Qutb menjelaskan bahawa Qisas membawa jaminan. 

▶ Logiknya dengan hukuman Qisas, orang tercegah tiada alasan untuk melakukan balas dendam, mengarah kepada pembunuhan yang berlanjutan.

Pasal isunya apa? Kalau orang itu dah bunuh seseorang, lepas itu kerana tidak mampu membunuh orang yang bunuh, maka dia pergi bunuh pula saudara-saudaranya. Membunuh pulak khabilahnya. Bermusuh diantara khabilah dengan khabilah, kaum dengan kaum, negara dengan negara.

Ini berlaku pasal apa?
Kerana tidak berlaku Qisas. Kita bermusuh. Bermusuh itu tidak bertepian kerana tiada Qisas.

Hal ini tidak menjamin kehidupan keluarga masyarakat dan keseluruhannya.

▶ Tegasnya, Qisas merupakan sebuah jaminan kehidupan absolute. Bukan kehidupan peribadi, tetapi kehidupan keluarga dan masyarakat. Ini kata Syed Qutb.

___

📌 Qisas menimbulkan perasaan takut yang membawa ketaqwaan.

Satu hikmah dalam perlaksanaan Qisas adalah ketakwaan kepada Allah bahawa Qisas akan menimbulkan satu perasaan takut kepada Allah dengan tindakan menjauhi kemurkaan dan mencari keredhaannya.

Dalam isu ini, Rasul  ﷺ memberikan penjelasan :

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَال: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  ((لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ : الثَّيِّبُ الـزَّانِيْ ، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ ، وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْـمُـفَارِقُ لِلْجـَمَاعَة)). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu anhu, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Tidak halal darah seorang muslim, kecuali karena salah satu dari tiga hal: orang yang berzina padahal ia sudah menikah, membunuh jiwa, dan orang yang meninggalkan agamanya lagi memisahkan diri dari jama’ah (kaum muslimin)’.” [HR al-Bukhâri dan Muslim]

Berdasarkan hadis di atas, terdapat 3 kumpulan adalah halal darahnya:-
  1. orang yang berzina padahal ia sudah menikah, 
  2. membunuh jiwa, 
  3. orang yang keluar daripada Islam. 

(Itupun melalui proses & peraturan yang betul mengikut mahkamah, bukan di peringkat individu.) 

Daripada hadis ini menjelaskan bahawa orang islam  dibunuh kerana 3 perkara tadi.

___

📌 Diyat pada hakikatnya lebih baik ditempuh berbanding Qisas

Tetapi dalam praktiknya, tak selamanya Qisas itu ditempuh kerana ada jalan lain, iaitu si pembunuh mendapat maaf daripada ahli waris yang dibunuh dengan membayar Diyat yang selayaknya.

Dalam membayar diyat ada satu aturan moral sendiri daripada sisi ahli waris:-

❇ Dhiyat harus diminta secara baik. Waris sebaiknya tidak terlalu mendesak si pembunuh. 
❇ Si pembunuh harus membayarnya dengan baik pula. tidak menunda-nunda bayaran.

Maka, apakah yang lebih penting sebenarnya dalam hukum Qisas ini? Apakah membunuhnya atau membayar diyat?

Dalam hadis nabi ﷺ
Daripada Anas telah berkata, Rasulullah ﷺ ditanya tentang Qisas, maka Rasul menganjurkan supaya dimaafkan.

Dapat dinyatakan di sini bahawa sebenarnya Qisas dapat dihindari dengan diyat yang terlaksana dengan adanya pemaafan daripada ahli waris terhadap pembunuh

▶ Diyat pada hakikatnya lebih baik ditempuh berbanding Qisas kerana itu juga disentuh di dalam Surah Al-Baqarah kerana ia melambangkan ketakwaan yang amat tinggi.

Asalnya kalau ikut peraturan Allah, bunuh balas bunuh tetapi di situ boleh pulak memaafkan. Maaf itu bukan kosong-kosong sahaja, tetapi perlu dengan bayaran, dengan dhiyat, kalau itu diterima, maka, harapnya selepas itu tidak ada lagi permusuhan dan berhentilah.

Itulah yang dinamakan حَيَوٰةٌ kehidupan.

Inilah yang kita perlukan di dalam di peringkat negeri, negara dan juga dunia agar kita mendapat keamanan yang diberikan oleh Allah S.W.T


Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah 
di Group Ketua E-Kursus Taqwa

#Taqwa


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home