Thursday, 31 October 2019

Perkara yang Merosakkan Taqwa - Ulat 5/5 ialah Munafiq

E-Kursus Taqwa Day 17

Tajuk: Ulat 5/5 

Munafik ialah ulat yang bahaya. Jom kenal ulat ini untuk dielakkkan


Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 17

Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail 
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas

Apakah yang merosakkan Taqwa?

Ulat 5/5  ➡ Munafiq

Hari ni kita akan melihat kepada ulat yang terakhir yang akan mengganggu pohon taqwa yang ingin kita bina dalam kehidupan kita seharian.

📌 Nifaq ini menyembunyikan sesuatu yang berbeza dengan yang dinyatakan

Ulat yang ke-5 pada hari ini ialah Nifaq. 

نِفَاق
Yang berulang di dalam al-Quran sebanyak 37 kali iaitu
2 kali - نَفَقُ
3 kali - نُفَاق
5 kali - المُنَافِقَات
8 kali - المُنَافِقُون
19 kali - المُنَافِقِين

Apakah maksud Nifaq نِفاَق ini sendiri? Secara ringkasnya

Ia menyembunyikan sesuatu yang berbeza dengan yang dinyatakan.


📌 Luar lain, dalam lain

Nifaq ini adalah suatu perkara yang amat bahaya sebenarnya.

Lantaran kenapa? Kerana sesuatu yang berbeza ini, menyembunyikan kekufuran dan menyatakan keimanan ertinya adanya perbezaan diantara pernyataan dengan hati.
▶ Luar lain, dalam lain.

Inilah yang dinamakan sebagai Nifaq~

Menurut Ibnu Faris, dia menyatakan bahawa 
▶ Nifaq ini masuk ke dalam agama dari satu pintu dan keluar pada pintu yang lain.

Jadi, Al-Quran memberi penekanan kepada kita bahayanya Nifaq ini seperti dalam Surah al-Maidah, 5: ayat 41.

Al-Ma'idah 5:41

يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ لَا يَحْزُنكَ ٱلَّذِينَ يُسَٰرِعُونَ فِى ٱلْكُفْرِ مِنَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا بِأَفْوَٰهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِن قُلُوبُهُمْۛ 

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman;

▶ Jadi, di luarnya lain, dalamnya lain ini dinyatakan oleh Allah dalam Surah At-Taubah, 9: ayat 77

At-Taubah 9:77

فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِى قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُۥ بِمَآ أَخْلَفُوا۟ ٱللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ 

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.

Nifaq ni ada kaitan dengan Kizb, mendustakan. 
▶ Bila seseorang itu selalu mendustakan, maka ia akan membawa kepada Nifaq. 


📌 Terma asal ن ف ق


Sebenarnya, terma asal ( ن ف ق) ini diertikan bukan sekadar Munafiq, tetapi ia juga ada kaitan dengan
▶ Habis, mati, laris, terowong & juga lubang

Seorang ulama al-Bayanuni, usahanya dalam menghubungkan erti terma ini نفق daripada 
نَفِق
▶ Bererti lubang tikus. 

Kalau di padang pasir itu ada lubang tikus.

Lanjutnya, antara Nifaq dan lubang tikus punya persamaan. 
▶Lubang tikus selalu tertutup dengan tanah, padahal bahagian bawahnya berlubang. 

Ini sama halnya dengan orang Munafiq, bahagian luarnya Islam tetapi bahagian dalamnya ingkar dan menipu (berlubang), tidak genuine.

Daripada al-Bayanuni ini dapat dilihat bahawa, perkataan Nifaq, dapat diertikan beberapa pengertian. Tetapi pengertian yang dikandungnya saling membantu. 

Bila Nifaq ini ada lubang. Apabila seseorang itu infaq, ada lubang untuk keluar agar lebih banyak lagi masuk rezeki yang dikurniakan oleh Allah. 

___
📌 Munafiq asalnya orang yang ingkar, kafir yang terselubung

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 8
Al-Baqarah 2:8

*وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ 

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Al-Barghawi dalam sebuah karya ya menyatakan, ayat 8, surah al-Baqarah diturunkan tentang Abdullah bin Ubai Bin Salul, dan sahabat-sahabat mereka, cakap mereka beriman kepada nabi dan sahabat-sahabat yang masuk Islam. Tetapi sebenarnya mereka itu tidak betul-betul Islam. Mereka ini adalah Yahudi, mereka ini dikenal sebagai Munafiq yang talam dua muka.

▶Jadi, Allah nak beritahu bahawa, Islamnya mereka itu bukan pada hati, tetapi pada luaran sahaja.

▶ Nifaq ini adalah kekafiran yang terselubung.

▶ Orang Munafiq ini pada asalnya orang yang ingkar kepada Allah, Rasul dan ajaran yang dibawakan oleh Rasul.

___
📌 Ciri-ciri orang Munafiq

Itu sebabnya ketaqwaan para Munafiq ini tidak dapat diharapkan kerana ada beberapa ciri yang kita boleh belajar. Dalam al-Quran ada 12 ciri orang Munafiq yang kita harap kita jauhi :

1) Lalai dari solat
Lalai dari segi masa, bacaan, & kalau buat itu dalam keadaan malas. 
Surah al-Maa'un, ayat 5 & surah an-Nisa, ayat 142

2) Riak
Dia buat sesuatu itu, ia nak menampakkan kepada orang lain lebih penting daripada dia menampakkan kepada Allah S.W.T. 
Juga dalam Surah al-Maa'un, ayat 6 & surah an-Nisa, ayat 142.

3) Tidak mahu menolong orang dengan barang berguna.
Ada yang memberi manfaat kepada orang lain walaupun kecil, dia taknak bagi. Kedekut. Memang kedekut. 
Surah al-Maa'un, ayat 7.

4) Ucapan mereka berbeza dengan hati.
Luar nampak Islam tetapi hatinya itu Kufur sebagaimana dalam Surah Al-Baqarah, ayat 8.

5) Selalu menipu Allah dan orang mukmin.
Ini dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 96

6) Hati mereka ada penyakit.
Ada Syaq, Nifaq, dusta, dan Inilah yang menimbulkan sifat sentimen, iri hati dan dendam terhadap Nabi, agama Islam dan orang-orang Islam.
Surah Al-Baqarah, ayat 10.

7) Perbuatan mereka merosak dan kurang menggunakan akal.
Ini dinyatakan pada Surah Al-Baqarah ayat 12 - 13.

8) Senang mengolok-olokkan orang mukmin.
Ayat 14, surah al-Baqarah.

9) Selalu menghalang manusia dengan sekuat tenaga daripada melakukan syariat agama.
Surah an-nisa ayat 61, dan surah al-Munafiqun ayat 2.

10) Pendusta yang sebenarnya.
Surah al-Munafiqun ayat 1

12) Selalu menyeru berbuat yang mungkar dan melupakan Allah serta melarang perbuatan Makruf

13) Menyalahi dan memungkiri janji.
Ini dinyatakan dalam Surah At-Taubah, ayat 67 & 77.

Itu sebabnya dalam hadis Nabi ﷺ, ada 3 petanda orang Munafiq, iaitu

عن أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat” .(HR Bukhari No: 32)

Daripada 3 perkara ini, kita perlu beri perhatian dan kena elakkan daripada berlaku pada diri kita.

Moga-moga, kita dijauhkan daripada sifat Munafiq, agar sentiasa sihat pokok Taqwa kita, agar dapat bertemu dengan Allah dengan Hati yang sejahtera ke syurga.




Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah 
di Group Ketua E-Kursus Taqwa



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home