Wednesday, 24 July 2013

Hidup Ini Tidak Pernah Ada Kegagalan


“Tidak ada kegagalan, hanya proses pembelajaran..”

Ramai orang mengatakan dalam hidup kita perlu realistik dan ramai juga takut untuk mempunyai impian yang besar. Mereka takut impian tidak tercapai, takut risiko, takut kecewa, takut diketawakan dan berbagai-bagai jenis ketakutan lagi.
Sebenarnya setiap perkara yang berlaku di dalam hidup anda, makna kepada peristiwa tersebut adalah terletak pada anda. Orang yang gagal apabila usaha mereka tidak mencapai sasaran, mereka akan berkata kepada diri mereka bahawa “Aku telah gagal”.
Orang Berjaya mempunyai definisi yang berbeza apabila usaha mereka tidak mencapai sasaran. Mereka mendefinisikan situasi tersebut sebagai ‘proses pembelajaran’. Thomas Edison, pencipta mentol yang masyhur setelah mencuba lebih 900 kali berkata “Saya tidak gagal, saya hanya menjumpai 900 cara yang tidak berhasil”.
Apabila menukar definisi kepada ‘proses pembelajaran’, anda akan belajar dari kesilapan, menukar strategi, terus berusaha menuju matlamat anda. Dengan mempunyai cara berfikir tersebut, anda tidak mungkin gagal, kerana pilihan yang ada adalah sama ada berjaya, atau proses pembelajaran.
Di dalam minda orang yang berjaya mereka hanya gagal apabila mereka berhenti mencuba. Individu-individu yang Berjaya takutkan kegagalan sama seperti manusia lain. Tetapi oleh sebab cara mereka mendefinisikan kegagalan, mereka akan terus berusaha.
Seorang pemain hoki yang diiktiraf sebagai terbaik dalam sejarah, Wayne Gretsky, pernah berkata,
“Anda terlepas 100% pukulan yang anda tak pernah ambil”
Jadi cuba sahajalah kerana jika anda tak dapat 100% tepat, sekurang-kurangnya 25, 50 atau 70 tepat. Dengan usaha berterusan, suatu masa nanti usaha anda akan berada pada tahap sempurna.
Anda pernah dengar nama Arnold Schwarzenegger? Filem Terminator?
Semasa Arnold berimpian untuk menjadi bintang filem Hollywood, ramai orang berkata ia adalah mustahil. Pada penilaian mereka Arnold mempunyai pelbagai kelemahan seperti bentuk badan yang pelik, telo Austria yang pekat, tiada pengalaman berlakon dan nama yang pelik dan panjang.
Tetapi Arnold langsung tidak berputus asa dan akhirnya beberapa filem lakonan beliau seperti Terminator menjadi box office. Beliau juga menjadi salah seorang pelakon paling popular pada era 90 an. Bukankah ia amat menggagumkan?
Beranikan diri anda untuk mempunyai impian yang besar dalam hidup kerana setiap ‘somebody’ hari ini dahulunya adalah ‘nobody’…seperti anda.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home