Thursday, 14 March 2013

Mendampingi masyarakat

Pembaca blog ini mencadangkan supaya saya terus menulis dalam Bahasa Malaysia. Menurut mereka blog motivasi dah belambak dalam Bahasa Inggeris. "Bukankah saya mahu berkongsi ilmu dengan masyarakat?". "Utamakan masyarakat setempat". "Masyarakat kita di Malaysia terutamanya orang Melayu memerlukan lebih banyak bahan bacaan berkualiti dalam Bahasa Malaysia", begitulah pandangan mereka. Kalau nak masuk kandang kambing, kena mengembik. 

Jadi mulai hari ini saya akan terus menulis dalam Bahasa Malaysia supaya ilmu atau pengalaman saya dapat disampaikan dengan lebih jelas kepada masyarakat  Malaysia ku tercinta. Kalau di universiti dulu, pensyarah digalakkan menulis bahan penerbitan untuk diterbitkan dalam jurnal berimpak faktor tinggi. Bermakna kena tulis dalam bahasa Inggeris. Kepandaian bahasa tidak penting kerana bahan penulisan akan disunting oleh penyunting universiti  dan penyunting jurnal. Yang pentingnya hasil penyelidikan dapat diterbitkan walaupun ilmu itu mungkin tak sampai kepada masyarakat terdekat.  Ramai juga pensyarah yang tak menulis, hanya pakai penulis hantu. Tak apa la, itu sejarah dulu, cerita di "menara gading".

Sekarang saya mahu terus menulis supaya ilmu dan pengalaman saya dapat dikongsi bersama masyarakat. Mudahan-mudahan usaha ini tidak sia-sia dan di terima Allah.

Kehidupan ini adalah satu perlumbaan untuk mengejar kejayaan. Dalam perlumbaan, kita tidak mahu ketinggalan. Hidup perlu diisi dengan matlamat dan matlamat itu perlu dikejar bersungguh-sungguh supaya matlamat itu benar-benar tercapai. Kita tak boleh bersikap tak apa. Rugi kalau hidup tanpa matlamat, membiarkan hari berlalu tanpa tujuan. Jadi apakah matlamat anda? 

Matlamat saya sebagai orang pencen ialah untuk menerokai bidang yang ilmu yang tak sempat dibuat semasa masih bekerja dulu dan terus berkongsi ilmu serta  mendampingi masyarakat. Oh, ya matlamat saya memang dah saya kongsi sebelum ini dalam post yang lalu.

Oleh kerana manusia sering mengaitkan kesenangan dengan ketenangan, hari ini saya nak berkongsi 7 tips mencapai ketenangan yang saya petik daripada buku Membina jati Diri Gemilang, tulisan Dr. HM Tuah Iskandar.

  1. Sihat mental dan fizikal.
  2. Berpengetahuan luas dalam banyak perkara.
  3. Memiliki keyakinan.
  4. Memiliki daya kerja dan semangat yang besar.
  5. Dapat menguasai emosi dan lebih banyak menggunakan akal daripada perasaan.
  6. Adil.
  7. Menguasai prinsip-prinsip perhubungan manusia.

Tanpa kesenangan, biasanya tiada ketenangan, walaupun kesenangan boleh mengakibatkan kelalaian sedangkan lalai bukan bererti senang. Fikir-fikirkan lah!




0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home