Memori Saudi - Tiada Visa Melancong di Saudi
"Kak, kami hendak pergi umrah pada 2 April 2015 ini. Boleh kah hendak pergi jalan rumah kak di Rabigh?", tanya adik saya melalui WA.
"Kalau ikut peraturan visa umrah, jemaah tidak boleh berada di tempat lain kecuali Mekah, Madinah atau Jeddah. Kak boleh hantar kereta pergi ambil di Mekah atau Jeddah tetapi risikonya tinggi. Banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan. Nasib tidak baik, tertangkap susah pulak nanti. Tak apa lah, biar kita jumpa di Mekah".
Setakat hari ini Arab Saudi mengawal ketat pergerakan jemaah umrah. Kalau jemaah yang datang hendak pergi jalan-jalan atau melancong ke bumi bendera hijau ini atau menziarah tempat lain jangan harap lah! Negara itu hanya mengeluarkan empat jenis visa sahaja iaitu visa kerja, visa umrah dan haji, visa kajian dan visa lawatan.
Sesiapa yang dipanggil untuk bekerja di Arab Saudi (atau urusan rasmi) akan mendapat visa kerja. Proses permohonan visa kerja agak susah juga. Rakyat Malaysia hanya boleh dipanggil bekerja dalam bidang professional atau berkemahiran tinggi. Itu pun perlu tapisan dan pengesahan berlapis-lapis. Hendak datang bekerja sebagai buruh seperti pencuci Haramain atau pekerja domestik juga tidak boleh. Orang Malaysia kelasnya tinggi.
Setiap yang masuk dengan visa kerja boleh membawa bersama pasangan, anak-anak perempuan yang belum berkahwin dan anak-anak lelaki di bawah umur lapan belas tahun.
Apabila sampai di Saudi, mula-mula pemegang visa kerja perlu dapatkan iqamah atau kad pengenalan residen terlebih dahulu. Alhamdulillah iqamah saya selesai dalam masa seminggu selepas lulus pemeriksaan kesihatan di klinik panel dan bayaran SAR1000 untuk setahun.
Untuk ahli keluarga yang datang bersama, mereka perlu selesaikan urusan iqamah dalam masa sembilan puluh hari selepas masuk ke Arab Saudi. Selepas saya dapat iqamah, baru ahli keluarga boleh memohon iqamah mereka. Mereka juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan setiap seorang perlu membayar SAR500 pulak.
Dua orang anak saya dapat iqamah mereka dalam masa seminggu sahaja. Suami saya pulak, hanya dapat iqamahnya selepas sebulan. Itu pun sebagai pemegang iqamah berstatus "domestic worker", saya sebagai kafilnya (majikan). Sehingga sekarang saya tidak pasti apa masalahnya.
Orang yang masuk dengan visa iqamah (datang bersama pemegang visa kerja) tidak boleh keluar dari Saudi selagi tidak dapat iqamah. Bila sudah dapat iqamah, bebas keluar masuk bila-bila masa tanpa perlu memohon visa lagi. Hanya perlu bawa dokumen Exit Re-entry yang boleh dicetak oleh pemegang visa kerja dari laman web Kementerian Dalam Negeri (MoI) Arab Saudi.
Sesiapa yang ada visa kerja boleh meminta kebenaran untuk memanggil pasangan, anak-anak, ibu-bapa dan ibu-bapa mertua sahaja. Menantu dan adik-beradik juga tidak boleh. Permohonan visa lawatan pula ada masanya. Awal Ramadan hingga hujung bulan Zulkaedah (bulan haji) tidak dibenarkan datang dengan visa lawatan. Masa lawatan diberi selama 2 bulan, tetapi boleh memohon sambungan hingga maksimum 9 bulan.
Sementara itu, jemaah umrah dan haji hanya boleh melancong ke Jeddah. Mereka tidak dibenarkan jalan-jalan ke bandar lain, seperti bandar peranginan Taif yang jaraknya cuma setengah jam dari Mekah.
Sampai hari ini, hanya penduduk Saudi dan pemegang iqamah dapat melancong di bumi anbiyak ini. Kerajaan Arab Saudi melalui Jawatankuasa Pelancongan dan Purbakala Saudi baru mengeluarkan visa 'Umrah-Plus' untuk orang asing. Namun ini terhad kepada penduduk yang tinggal di Gulf Cooperation Council (GCC) yang merangkumi Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emiriah Arab (UAE).
Alhamdulillah, selama berada di bumi bendera hijau itu, saya sempat berjalan ke Taif, Jeddah dan Riyadh.
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada." Al-Hajj (22: 46).
4 Comments:
Assalamualaikum Puan. Saya ada pertanyaan berkenaan proses apply working visa. Saya dapat offer kerja di Madinah. Nak tau secara details proses work visa. Boleh email saya tak? robaeyah.roslan@gmail.com. mohon sangat puan email saya ye. Terima kasih puan.
Assalamualaikum puan. InsyaAllah suami sy dpt pergi ke arab tahun depan atas urusan kerja selama 2 minggu. InsyaAllah sy dan anak akan follow suami. Kalau sy bercadang nk mengerjakan umrah semasa di sana, visa apa yg perlu sy apply? Visa lawatan atau umrah?
ASSALAMU ALLAIKUM. HORAS JOM KE MEDAN.SALAM KENAL TUAN AND PUAN .
DISNI KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
Saya bersedia nak bantu Tuan and Puan untuk ikut melancong bersama
saya.
Contact :+6281263636746
Whatsapp:+6281520944993
Instagram: infotoursmedan
Facebook :1. Eza purba
2. pakej lawatan
Email : infotoursmedan@gmail.com
https://agenttoursmedan.blogspot.com/
boleh saya tau visa apa yang boleh kita apply untuk follow suami bekerja disana selama seminggu?dan berapa harganya?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home