Friday, 1 November 2019

Pengenalan 15 ciri orang bertaqwa

E-Kursus Taqwa Day 18

Tajuk: Pengenalan 15 Ciri Orang Bertaqwa

Apakah ayat rujukan untuk mengetahui ciri orang bertaqwa? Ada 15 tanda pohon taqwa kita rendang.


Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 18

Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail 
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas


Tajuk : Pengenalan 15 ciri orang bertaqwa

Alhamdulillah. Kita sudah selesai melihat 8 perkara yang membina pohon takwa dan 5 ulat yang mengganggu Taqwa.

Untuk seterusnya kita akan berbincang tentang ciri-ciri orang bertaqwa. Yang di senaraikan adalah 15 daripada beberapa ayat yang berada di dalam al-Quran.

Dalam siri ini, kita akan berbincang ringkas sahaja, apakah yang dimaksudkan dengan orang yang bertaqwa di dalam al-Quran.

Ada 2 kaedah perkataan Taqwa ini digunakan dalam al-Quran. yang dinyatakan, iaitu

1) Dalam bentuk إسم الفاعل, iaitu

المتقون / المتقين. 

2) Dalam bentuk فعل المضارع, iaitu

الَّذِي نَتَّقَوْا

___
📌 Dalam bentuk إسم الفاعل, iaitu المتقون / المتقين. 


Hasil daripada kajian kita apabila kita nak mengetahui apakah ciri-ciri manusia yang bertaqwa, maka, penggunaan Isim Faail 

الْمُتَّقُون / المُتَّقِين
▶ Merujuk kepada sesuatu yang bersifat tetap atau permanent. 

Secara ringkasnya, apabila Allah menggunakan perkataan ini,
▶ sifat Taqwa itu sudah mendarah daging.

Bagaimana nak dapatnya? Dapatkannya melalui 8 perkara input Taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini. 

Maka, apabila selalu masukkan input Taqwa tersebut dan menjaga ulat tersebut, maka seseorang itu akan mendapat al-Muttaqin. 

Contohnya penggunaan di dalam surah Al-Baqarah 2: ayat 2

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَۛ فِيهِۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ 

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

▶ Muttaqin di sini adalah Isim Faiil. Iaitu satu sifat yang sudah mendarah daging pada diri dan Akhlak. 

___
📌 Dalam bentuk فعل المضارع, Iaitu الَّذِي نَتَّقَوْا

Jadi, inilah yang ada, *kalau kita tengok dalam al-Quran الذي نتقو
Contohnya Dalam Surah Al-A'raf 7:96*

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَٰتٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

▶ Bertaqwa di sini dalam bentuk feeil فعل bukan Isim Faail seperti dalam bentuk sebelum ini 

▶ Dalam ayat ini, Allah ada beritahu tentang barakah kepada orang bertaqwa, dalam bentuk tidak stabil. 


____
📌 perbezaan dalm bentuk Isim Faail (kata Nama) & feeil (kata kerja).

al-Muttaqin المُتَّقِين
▶ Orang yang bertaqwa. 
▶ Sifat Taqwa itu sudah menjadi darah daging dan akhlak mereka. Sifat Taqwa itu sudah stabil. 

Al-ladzi Nattaqau الَّذِي نَتَّقَوْا
▶ Mereka yang bertaqwa
▶ Mereka berusaha menjadi orang yang bertaqwa dan masih belum stabil lagi sifat Taqwa mereka. 

Beza orang yang bertaqwa dan al-Muttaqin المُتَّقِين dengan الَّذِي نَتَّقَوْا ini seperti penyanyi dan menyanyi.

Kalau kita cakap seorang itu penyanyi, dia memang profesional menyanyi dah. Kalau orang itu baru menyanyi dekat tandas ke atau mana-mana tempat, dia bukan semestinya penyanyi.

Seorang penyanyi memang menyanyi, dan seorang yang menyanyi belum tentu adalah penyanyi.

Seorang yang sedang membina Taqwa belum tentu bertaqwa, seorang yang sudah membina Taqwa, sudah tentu bertaqwa.

___
📌 Ayat-ayat rujukan 15 ciri orang bertaqwa

Ayat-ayat rujukan mengenai ciri-ciri orang bertaqwa yang kita mahu tengok dalam beberapa hari ke depan ini ialah :-

1) Surah al Baqarah, ayat 2 hingga 5.
➡Ini ada disenaraikan iaitu ada 5 perkara daripada ayat ini. Ciri orang yang Muttaqin.

2) kemudian dalam Surah Al-Baqarah ayat 77,
➡ iaitu di dalamnya ada 7 item tentang orang-orang bertaqwa, yang Muttaqin.

3) Kemudian Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17. 
➡ Dalam ayat ini Allah bercerita tentang ciri orang bertaqwa. 

4) kemudian surah Ali Imran, ayat 133 hingga 135.

5) kemudian dalam Surah Ad-Dzariyat, ayat 15 hingga 19.
➡ Di dalam ini ada 4 ciri orang bertaqwa. Contohnya, sedikit tidur kerana Tahajjud, istighfar di waktu sahur & menafkahkan sebahagian harta kepada orang miskin. 

▶ Dalam 6 ayat ini, bila kita gabungkan, kita kaji, semuanya ada 15 senarai dan senarai inilah yang kita akan tengok dalam siri-siri akan datang. 

Kita ada sekitar 10 hari. Jadi, mungkin dalam 1 hari kita akan tengok 1 @ 2.

Moga-moga di akhir siri E-Taqwa ini, kita dapat memahami dan juga dapat memastikan setiap hari itu dapat manfaat, checklist kepada kita, adakah kita ini buat seperti orang-orang yang mencapai standard al-Muttaqin, iaitu orang-orang yang bertaqwa.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home