Perkara yang Merosakkan Taqwa - Ulat 3/5 ialah Mendustakan
E-Kursus Taqwa Day 15
Tajuk: Ulat 3/5
Mendustakan (al-kizb) ialah ulat yang bahaya. Jom kenal ulat ini untuk dielakkkan
Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 15
Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas
Apakah yang merosakkan Taqwa?
Ulat 3/5 ➡ al-Kizb الكِذْب : mendustakan
___>
Hari ini kita akan melihat kepada ulat ke-3 yang mengganggu pohon taqwa di dalam diri kita iaitu apa yng dinamakan sebagai al Kizb
الكِذْب
Yang berulang 282 kali di dalam al-Quran.
Apakah maksud al-Kizb ini?
Ia adalah antonim atau kata lawan kepada benar.
▶ Iaitu memberitakan sesuatu yang berbeza dengan fakta yang sebenar salah & ingkar.
Allah menyatakan dalam Surah at-Taubah, 9 : ayat 90
وَجَآءَ ٱلْمُعَذِّرُونَ مِنَ ٱلْأَعْرَابِ لِيُؤْذَنَ لَهُمْ وَقَعَدَ ٱلَّذِينَ كَذَبُوا۟ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥۚ سَيُصِيبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan datanglah pula orang-orang yang menyatakan uzurnya dari orang-orang "A'raab", memohon supaya mereka diizinkan (tidak turut berperang), sedang orang-orang (munafik di antara mereka) yang mendustakan Allah dan RasulNya, duduk (mendiamkan diri). (Oleh itu) orang-orang yang kafir di antara mereka, akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
▶ Pada zaman Nabi ﷺ ketika perang itu, orang yang mendustakan ini berdiam diri tidak mahu mengambil tindakan.
Dari ayat di atas secara ringkas dapat difahami al-Kizb ini dusta, tidak benar, salah, ingkar serta berita bohong.
Sedangkan istilah Rasul
رسول
yang berulang sebanyak 514 kali di dalam al-Quran. 232 kali disebut dalam bentuk الرَّسول, sedangkan bakinya 96 kali dalam bentuk الرُّسول. Apa kaitannya?
الرَّسول
▶ Utusan, Malaikat & Nabi.
Dalam al-Quran Allah menyatakan
At-Taubah 9:128
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Jadi ia bermaksud utusan
Ataupun dalam Surah
Az-Zukhruf 43:80
أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَىٰهُمۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ
Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.
▶ Kata rasul ini diertikan dengan malaikat.
▶ Juga diertikan dengan Nabi dalam Surah Ali Imran, 3 : ayat 144
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُۚ
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).
__
📌 Kaitan mendustakan dengan Rasul
Apa kaitan mendustakan dengan Rasul ini? Sudah tentu ia amat dekat.
Kerana kalau kita melihat kepada Rasul ini
▶ adalah lelaki yang diturunkan kepadanya Wahyu & dia diperintahkan menyampai wahyu5 itu kepada umatnya.
Di dalam al-Quran, perkataan Rasul ini selalu dikaikan dengan al-Kizb.
▶ Manusia yang mendustakan Allah dan Rasul tidak akan beriman.
Sebagaimana dalam Surah Ash-Shu'ara', 26: ayat 105 - 106
كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ ٱلْمُرْسَلِينَ. إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ
*(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.).
Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.*
▶ Mencerita Kaum Nuh ini dihantar kepada mereka Rasul. Kerana mendustakan, itu yang menyebabkan mereka tidak bertaqwa.
Ash-Shu'ara' 26:121
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Dalam ayat 139 suruh ini juga Allah menyatakan
*فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَٰهُمْۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةًۖ وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ *
Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
Jadi dalam ayat ini Allah memberitahu kita,
▶ kaum 'Ad tetap mendustakan para Rasul tentang perintah RasulNya, maka Allah membinasakan dengan angin yang sangat dingin, tetapi mereka tetap tidak mahu beriman.
Jadi, Rasul ini membawa mesej, membawa risalah dari kalangan manusia.
Apabila manusia membawa risalah ini, bagi setengah orang dia rasa bahawa, 'take it easy man' ataupun tidak perlu dibenarkan, ego di dalam dirinya. Padahal sebenarnya, bukan manusia itu yang kita sembah. Tetapi yang kita sembah adalah Allah S.W.T.
Dalam hal ini,
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ، وإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ، ومَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ ويَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا، وإِيَّاكُمْ والْكَذِبَ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، ومَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ ويَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ) .
▶ "Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan, sedangkan kejahatan itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki berulang berdusta, ia ditulis sebagai pendusta di sisi Allah"
Di dalam hadis ini memberi maklumat kepada kita bahawa kejahatan menyebabkan orang masuk neraka.
Tidak mengherankan kita, mereka berdusta. Mendustakan Allah dan Rasul akan merosakkan iman, dan kesannya iman rosak, rosak pulak Taqwa, akhirnya membawa kepada azab yang besar.
__
📌 Kesimpulan
Itu sebabnya dalam hal mendustakan Allah, dalam hidup kita ini, kerana banyak kali diulang di dalam al-Quran, apabila ada ayat-ayat daripada Allah, ada kebesaran atau yang yang dibawakan oleh Rasul, maka kita tak boleh dustakan. Kita tak boleh nafikan kebaikan itu.
Kadang-kadang kita mungkin tak buat, kita rasa macam sukar dan sebagai. It is okay. Tetapi jangan kita dustakan dengan kata bahawa solat itu tidak penting ataupun kita kata bahawa tak penting agama ke tak agama ke, ada tuhan ke tak ada tuhan; ataupun baca al-Quran ataupun tidak baca, jika kita mendustakan Kebenaran yang ada itu: satu kita ingkar betul, tetapi mendustakan ini cuba untuk memesongkan.
Maka itu perkara yang perlu kita beri perhatian, jangan sampai kita banyak mendustakan perkara kebaikan yang hadir dalam diri kita kerana khuatir nanti akan menyebabkan kebaikan itu jauh daripada diri kita.
Moga-moga ulat yang ketiga ini dapat kita jauhi.
Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah
di Group Ketua E-Kursus Taqwa
di Group Ketua E-Kursus Taqwa
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home