Membina Pohon Taqwa - 5/8 Istiqamah Menurut Ajaran Islam
Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 7
Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas
Bagaimana membina Taqwa?
Jalan 5/8 ➡ Istiqamah menurut ajaran Islam
📌 Kaitan Istiqamah dengan Shirotal mustaqiim ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Di dalam al-Quran, istilah yang berkaitan Istiqamah ini dikaitkan dengan 'shirot' الصراط.
الصراط
Berulang sebanyak 45 kali dalam al-Quran d semuanya dalam bentuk tunggal ( مفرد).
32 kali perkataan ini di rangkaian bersama perkataan 'mustaqim'
الصراط المستقيم
'al-Mustaqim' inilah yang dikaitkan dengan Istiqamah.
الصراط
▶ Dari segi bahasa bermaksud ' Di Jalan'.
ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
▶ Jalan yang mudah, lurus & tak ada bengkoknya.
___
📌 Apakah usaha di peringkat manusia untuk mendapatkan Hidayah Allah?
Seperti mana dalam surah Al-Baqarah, 2 : ayat 213
وَٱللَّهُ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
Ayat ini penting~
وَٱللَّهُ يَهْدِى
▶ Allah sentiasa memberi petunjuk (Hidayah)
مَن يَشَآءُ
▶ Kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.
Allah mengkehendaki tapi apakah syarat untuk Allah menghendaki kepada kita? memang kehendak Allah itu melangkaui daripada kehendak kita.
Tetapi usaha di peringkat manusia ialh hendakkan kepada Hidayah daripada Allah.
Salah satunya ialah usaha mencari tuhan iaitu sentiasa memohon kepada Allah. Sepertimana yang Allah ajarkan dalam
surah al-Fatihah , 1: ayat 6
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
▶ Berdoa dengan penuh pengharapan daripada hati
Orang-orang bukan Islam dalam hatinya jika bercakap " O God, please show me, please tell me, please guide me". Kerana ini adalah fitrah manusia yang mencari tuhan.
Maka InsyaAllah, Allah akan memberi Hidayah kepadanya jalan yang lurus.
Seorang ulama' M. Quraish Shihab menyatakan :~
ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيم
▶ Adalah agama Islam & tuntutannya. Segala apa yang ada di dalam agama ini.
Surah Al-An'am 6:161
قُلْ إِنَّنِى هَدَىٰنِى رَبِّىٓ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus.
__
📌 Jalan yang lurus ini dikatakan Ibadah.
Surah Ya Sin, 36: ayat 61
وَأَنِ ٱعْبُدُونِىۚهَٰذَا صِرَٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ*
"Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.
▶ Apabila kita Beribadah, makin banyak kita menjaga ibadah kita, sebenarnya itu adalah jalan yang lurus.
Menjaga Ibadah kita seperti :
❇ Solat
❇ Infaq
❇ Ibadah sesama manusia
❇ Kerja kita
Itu sebenarnya kita berada di jalan yang lurus yang sedang kita inginkan dalam kehidupan kita seharian.
__
📌 Apakah kaitan sebenar Istiqamah dengan Taqwa?
Surah Al-An'am, 6: ayat 153
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
Inilah ayat yang mengaitkan antara jalan lurus/Istiqamah dengan Taqwa.
▶ Istiqamah mengikut jalan yang lurus itu sebenarnya membina Taqwa dalam diri kita.
Apa yang boleh dipelajari daripada ayat ini?
Apabila kita memahami bahawa Shiratolmustaqim (Istiqamah di atas jalan yang lurus ini), iaitu :-
- Kita menjaga ibadah kita
- Kita belajar ajaran Islam
- Kita pergi ke kelas, belajar dengan orang-orang berilmu
- Kita menghargai apa yang ada di dalam ajaran Islam ini
Maka itulah jalan untuk membina Taqwa.
Apabila kita tidak mendalami ilmu yng sudah tentu bersumberkan Al-Quran & sunnah, seperti mendalami sesuatu surah, memahami tentang amalan sunnah dalam kehidupan kita, akan menyebabkan Istiqamah itu menurun.
___
📌 Ibadah bersifat kolektif, bersifat sosial
Ibadah itu bukan sekadar bersifat individu tetapi bersifat kolektif, yang bersifat sosial.
Contohnya seperti yang dinyatakan dalam surah Al-'Asr, 103: ayat 1 - 3
وَٱلْعَصْرِ
Demi Masa!
إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Al-'Asr 103:3
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
▶ Itu ialah satu ibadah kita beriman & mencari serta mengajak lebih ramai orang beriman kepada Allah S.W.T.
Kita perlu kuatkan, cari jalan untuk meramaikan lagi orang beriman beramai-ramai. Buat baik beramai-ramai, membina sistem ke arah itu dengan bersungguh akan menyebabkan kita semakin bertaqwa kepada Allah S.W.T.
__
📌 Kesimpulannya
Mari kita sama-sama Istiqamah dengan menjaga amalan dengan meningkatkan pengetahuan kita tentang agama ini, ajaran Islam ini, barulah Allah memberi peluang kepada kita menjadi orang bertaqwa yang InsyaAllah akan mendapat 21 manfaat yang akan dibincangkan nanti InsyaAllah.
Untuk dengar rakaman klik sini
Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah
di Group Ketua E-Kursus Taqwa
#Taqwa
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home