Sunday, 20 October 2019

Membina Pohon Taqwa - 4/8 Banyak-banyak Mengingat Allah


E-Kursus Taqwa
Hari 06

Perkongsian oleh Tuan Fazrul Ismail

Tajuk hari ini: Banyak-banyak mengingat Allah

Amalan yang ke-4 bagaimana untuk memastikan kita berjaya membina pohon taqwa dalam kehidupan iaitu mengingat perintah Allah, dalam bahasa Arabnya ialah zikraa.

Al-Ankabut 29:51

أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ - 29:51
"(Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman."

Apakah mesej Allah dalam ayat ini?
  1. Al-Quran adalah kasih sayang dan rahmat daripada Allah swt - ia memberi pencerahan, memberi kasih sayang sebagai panduan dalam kehidupan kita. Lebih banyak kita mampu untuk diajar membaca al-Quran sebenarnya ia adalah rahmat. Nikmat terbesar ialah (55:2)  عَلَّمَ الْقُرْآن Lagi banyak kita mampu baca Quran ia adalah rahmat.
  2. al-Quran itu adalah Zikraa - iaitu banyak ingat. Apabila banyak baca quran kita banyak ingat kepada Allah. Bila baca quran mustahil tidak ingat kepada Allah, walaupun tidak faham apatah lagi kalau faham, tadabbur dan faham isi kandungan Quran. Maka mengingat peirntah Allah amat penting seperti yang disampaikan dalam surah al-an'am 6:69.

وَمَا عَلَى الَّذِينَ يَتَّقُونَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَيْءٍ وَلَٰكِن ذِكْرَىٰ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ - 6:69
"Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa."


Apakah yang ada dalam ayat ini?
  1. Orang betaqwa tidak dibebankan dengan dosa orang lain.
  2. Upaya untuk membentuk manusia menjadi bertaqwa ialah melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Az-Zariyat 51:56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ - 51:56
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Ingat bahawa jin dan manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Ayat sebelumya 51:54-55.

فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنتَ بِمَلُومٍ - 51:54
"Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka)."

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ - 51:55
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."


Mengapa peringatan itu penting?
  1. Kerana kalau kita tidak diingatkan kita lupa kita ini hamba kepada Allah
  2. Peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang beriman
  3. Memberi harapan bahawa Allah tidak akan memberi azab kalau ada lagi orang yang mengingat dan beriman kepada Allah swt

Ringkasannya:
  1. Zikraa ialah banyak-banyak mengingat Allah dengan berzikir
  2. Sumber zikraa ialah dengan membaca dan mendalami al-Quran

Semoga kita menjadi orang yang zikraa, banyak mengingati Allah, terus membina taqwa hingga sampai ke jannah

Klik link berikut untuk dengar.





Grafik  dikongsi oleh Fatihah Asilah 
di Group Ketua E-Kursus Taqwa

#Taqwa

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home