E-Kursus
Taqwa
Hari 06
Perkongsian oleh Tuan Fazrul Ismail
Tajuk
hari ini: Banyak-banyak mengingat Allah
Amalan yang
ke-4 bagaimana untuk memastikan kita berjaya membina pohon taqwa dalam
kehidupan iaitu mengingat perintah Allah, dalam bahasa Arabnya ialah zikraa.
Al-Ankabut 29:51
أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ
أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً
وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ - 29:51
"(Patutkah
mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa
Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka?
Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan
bagi orang-orang yang beriman."
Apakah
mesej Allah dalam ayat ini?
- Al-Quran adalah kasih sayang dan rahmat daripada Allah swt - ia memberi pencerahan, memberi kasih sayang sebagai panduan dalam kehidupan kita. Lebih banyak kita mampu untuk diajar membaca al-Quran sebenarnya ia adalah rahmat. Nikmat terbesar ialah (55:2) عَلَّمَ الْقُرْآن Lagi banyak kita mampu baca Quran ia adalah rahmat.
- al-Quran itu adalah Zikraa - iaitu banyak ingat. Apabila banyak baca quran kita banyak ingat kepada Allah. Bila baca quran mustahil tidak ingat kepada Allah, walaupun tidak faham apatah lagi kalau faham, tadabbur dan faham isi kandungan Quran. Maka mengingat peirntah Allah amat penting seperti yang disampaikan dalam surah al-an'am 6:69.
وَمَا عَلَى
الَّذِينَ يَتَّقُونَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَيْءٍ وَلَٰكِن ذِكْرَىٰ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
- 6:69
"Dan
tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai
dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan
orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka
bertaqwa."
Apakah yang
ada dalam ayat ini?
- Orang betaqwa tidak dibebankan dengan dosa orang lain.
- Upaya untuk membentuk manusia menjadi bertaqwa ialah melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Az-Zariyat 51:56
وَمَا خَلَقْتُ
الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ - 51:56
"Dan
(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu."
Ingat
bahawa jin dan manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Ayat sebelumya
51:54-55.
فَتَوَلَّ عَنْهُمْ
فَمَا أَنتَ بِمَلُومٍ - 51:54
"Oleh
itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan
janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau
memberi amaran kepada mereka)."
وَذَكِّرْ فَإِنَّ
الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ - 51:55
"Dan
tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."
Mengapa
peringatan itu penting?
- Kerana kalau kita tidak diingatkan kita lupa kita ini hamba kepada Allah
- Peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang beriman
- Memberi harapan bahawa Allah tidak akan memberi azab kalau ada lagi orang yang mengingat dan beriman kepada Allah swt
Ringkasannya:
- Zikraa ialah banyak-banyak mengingat Allah dengan berzikir
- Sumber zikraa ialah dengan membaca dan mendalami al-Quran
Semoga kita
menjadi orang yang zikraa, banyak mengingati Allah, terus membina taqwa hingga
sampai ke jannah
Klik link berikut untuk dengar.
Grafik dikongsi oleh Fatihah Asilah
di Group Ketua E-Kursus Taqwa
#Taqwa
No comments:
Post a Comment