E-Kursus Taqwa
Hari 05
Perkongsian oleh Tuan Fazrul Ismail
Tajuk : Mengesakan Allah (Tauhid)
(توحيد (و ح د
Berulang 31 kali di dalam al-Quran
▶ Tunggal & ketersendirian
(menurut ibn Faris, pakar bahasa Arab)
Tauhid terbahagi kepada 3 :
- Tauhid pada zat, nama & sifat Allah S.W.T
- Tauhid Rubbubiyyah - Keesaan Allah dalam menciptakan memberi rezeki & mengatur semua makhluk.
- Tauhid Uluhiyyah - Tauhid dalam beribadah. Semua ibadah dilaksanakan demi Allah. Tidak dibuat kerana makhluk.
Ini sejajar dengan Surah Al-Ikhlas 112:1
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
Mengapa perkataan ini penting?
1) قُل
Affirmation - penegasan kepada diri bahawa kena sampaikan kepada orang ramai bahawa ini adalah solusi yang penting untuk kita ini dapat menyelesaikan banyak perkara.
Iaitu
هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
Allah itu Esa
▶ Tunggal. Tiada yang keduanya atau lebih.
Apa kesan tuhan itu banyak?
Banyak ketua membawa kepada banyak arahan. Ini akan memeningkan orang di bawahnya. Malah lebih lagi jika ini adalah Tuhan.
__
Al-An'am 6:51
وَأَنذِرْ بِهِ ٱلَّذِينَ يَخَافُونَ أَن يُحْشَرُوٓا۟ إِلَىٰ رَبِّهِمْۙ لَيْسَ لَهُم مِّن دُونِهِۦ وَلِىٌّ وَلَا شَفِيعٌ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.
Tiada perlindung, tidak ada kawan ataupun wali, tiada ada syafaat selain Allah.
Perkara penting dalam kehidupan :
1) Wali وَلِىٌّ
▶ Zat @ sesuatu yang menjadi teman rapat dalam kehidupan.
Sekiranya walinya adalah baik & kuat, makanya ia mendapat manfaat baik. Sekiranya walinya lemah ( sesama manusia/makhluk), maka ia berpegang kepada sesuatu yang rapuh di dalam kehidupannya.
2) Pemberi syafaat (شَفِيعٌ)
▶Yang memberi perlindungan, rekomendasi ketika kita ada kekurangan dan ketika kita memerlukan perlindungan.
2 perkara ini ada pada Allah S.W.T~
Keesaan, wali dan syafi' ini hanyalah pada Allah agar mereka bertaqwa (terpelihara/takut).
Sebagai contoh: Kita pergi ke sebuah negeri/negara baru yang kita tak ada kawan, mahupun perlindung. Sekiranya kita ditimpa masalah, kita akan tertanya-tanya siapakah kita boleh minta perlindungan? Kita akan pergi ke pihak berautoriti, pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
Pihak berkuasa tersebut dianggap sebagai wali, orang yang melindungi, yang akan memberi syafaat sekiranya kita ada masalah dengan syarat. Apa syaratnya?
Syaratnya ialah dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Ini sama seperti yang dinyatakan oleh Nabi Allah Hud A.S kepada kaumnya dalam surah al-'Araf 7:65:
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًاۗ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓۚ أَفَلَا تَتَّقُونَ
Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? "
___
Apa kesan tidak mentauhidkan Allah?
- Menurutkan hawa nafsunya
- Menyembah kepada manusia
- Berbuat sesuatu yang tidak disukai Allah
- Buat sesuatu yang merosakkan, yang menzalimi
- Sehingga ada yang menyatakan jika dia berbuat baik di dunia, suatu hari nanti dia menjadi tuhan.
Nauzubillah (semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perkara ini)
Mengapa jadi begitu?
Kerana cara berfikir sudah serong, sudah silap, lantaran mengutamakan konsep diri, konsep kepercayaan dalam diri tanpa wahyu daripada Allah. S.W.T.
___
Tauhid menjadi asas kepada ibadah dan asas dalam kehidupan.
Hadis Nabi ﷺ
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4 perkara yang dinyatakan :
- Mengesakan dan menyembah Allah, jangan menyekutukan Allah.
- Mendirikan sembahyang
- Mengeluarkan zakat
- Menghubungkan kerabat
Rasulullah ﷺ berkata setelah lelaki itu balik, jika dia berpegang teguh dengan apa yang diperintahkan itu, maka masuklah ia ke dalam syurga.
4 perkara ini dimulakan dengan ketauhidan kepada Allah kerana :
- Ada orang merapatkan silaturahim bukan kerana tauhid.
- Ada orang solat tetapi ketauhidannya tidak betul.
Ketauhidan kepada Allah ini yang perlu diberi perhatian. Beribadah dan berbuat sesuatu hanya kerana Allah.
Moga-moga kita menjadi orang yang sentiasa Mengesakan Allah dalam kehidupan.
Ada masalah, apa sahaja masalah, mahupun kesihatan, rezeki dan sebagainya, semua bergantung kepada Allah yang Esa.
Allah itu ar-Rahiim, tidak pernah menzalimi. Tetapi ujian yang sedikit itu kerana apa? Kerana nak memastikan kita betul betul solid, Ikhlas kepada Allah S.W.T.
Moga Allah mudahkan urusan kita.
Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah
di Group Ketua E-Kursus Taqwa
#Taqwa
No comments:
Post a Comment