Sunday, 13 November 2016

Memori Saudi - Berbulan Madu

Saya berkahwin pada 4 Januari 1987 sebaik sahaja tamat pengajian Master di University of Miami. Ketika itu umur saya 22 tahun 6 bulan. Oleh kerana suami belum habis belajar, selepas dua minggu berkahwin saya mengikut suami balik ke Miami. Itulah tempat kami berbulan madu selama empat bulan.
     Dengan hasrat untuk mencari pekerjaan, saya pulang dahulu ke Malaysia dan tinggal bersama ibu bapa di Parit Buntar. Tahun itu kegawatan ekonomi melanda Malaysia. Ramai graduan menganggur. Alhamdulillah selepas tiga bulan bersusah payah menghadiri berbagai temuduga kerja, saya mendapat dua tawaran kerja pada hari yang sama. Pensyarah di Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia (USM).
     USM menjadi pilihan saya kerana lebih dekat dengan Parit Buntar. Suami terus di Miami untuk menamatkan pengajian sehingga hujung tahun 1987. Lapan bulan kami berjauhan, berutus surat menyambung cinta. Alhamdulillah selepas itu kami tidak pernah berjauhan lebih dari dua minggu.
     Selepas dua puluh lapan tahun bersama, saya fikir boleh berenggang sebentar. Rupanya di kala usia sudah lebih separuh abad, perpisahan lebih menyiksakan. Saya ingatkan teknologi boleh membantu mengurangkan rindu, rupa-rupanya bersembang di alam maya lebih mengusik perasaan.
     Boleh dengar suara, boleh lihat muka, boleh baca ucapan rindu tetapi tanpa sentuhan, lebih menyakitkan jiwa. "The power of touch is undeniably very strong". Tiada ucapan boleh menandingi sentuhan sayang!.
     Sebulan pulang ke Kota Bharu membereskan urusan kerja, suami datang semula dan tinggal dua minggu bersama saya di Rabigh. Bulan madu kali kedua.
      Bulan madu kali ini terasa lebih bermakna. Bukan berbulan madu di awan biru, tetapi berbulan madu di Al Haram, Mekah Al Mukarramah. Tawaf, saie, solat, berdoa dan duduk santai merenung kaabah. "Just the two of us".

I see the crystal raindrops fall
And the beauty of it all
Is when the sun comes shining through
To make those rainbows in my mind
When I think of you sometime
And I want to spend some time with you

[Chorus]
Just the two of us
We can make it if we try
Just the two of us
Just the two of us
Building castles in the sky
Just the two of us
You and I

We look for love no time for tears
Wasted water's all that is
And it don't make no flowers grow

Good things might come to those who wait
Not for those who wait too late
We gotta go for all we know

[Chorus]

I hear the crystal raindrops fall
On the window down the hall
And it becomes the morning dew

And darling when the morning comes
And I see the morning sun
I want to be the one with you.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home