Tuesday, 5 November 2019

Ciri 5/15 Pohon Taqwa - Tunaikan Janji

E-Kursus Taqwa Day 22

Tajuk: Ciri 5/15 Pohon Taqwa  - Tunaikan Janji

Mengapa ia penting?



Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 22

Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail 
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas

Tajuk : Ciri 5/15 pohon Taqwa ➡ Tunaikan Janji

___

Di dalam al-Quran istilah janji ini dikaitkan dengan
عهد
Dijumpai di dalam al-Quran sebanyak 13 kali:-
4 kali - عهدًا
1 kali - عهدكم
3 kali - عهده
6 kali - عندهم / عهدكم
2 kali - عهدي

Apakah maksud di sebalik عهد ini?
▶ Iaitu memelihara & menjaga sesuatu dengan tunai.

Salah satunya dalam Surah al-Isra', 17, ayat 34

..... وَأَوْفُوا۟ بِٱلْعَهْدِۖ إِنَّ ٱلْعَهْدَ كَانَ مَسْـُٔولًا 

...... dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

__
📌 Kaitan janji dengan Taqwa

Apakah menepati janji ini? Apakah kaitannya dengan Taqwa? 

Dalam Surah Al-Baqarah, 2 ayat 177, Allah menyambung salah satu ciri Taqwa itu

Al-Baqarah 2:177

... وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَٰهَدُوا۟ۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ 

...... dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.


Menurut Imam at-Thobari, beliau berpendapat bahawa
▶ Maksud ayat ini ialah orang yang tidak melanggar perjanjian dengan Allah, bahkan setelah berikrar, mereka menepati & menunaikan janjinya baik terhadap Allah ataupun sesama manusia. 

Contoh Janji dengan Allah : 
➡Solat, jaga amanah yang diberikan. 

Contoh janji sesama manusia : 
➡ Janji untuk berjumpa ataupun nak berbuat sesuatu. 

Ini yang disampaikan.

Lebih jauh daripada itu, Rabi' Bin Anas menambah dengan menyatakan
▶ Sesiapa yang telah berjanji dengan Allah dan dia melanggarnya, maka Allah akan menyeksanya. Sesiapa yang berjanji dengan Nabi kemudian dia melanggarnya, maka Nabi kan menjadi lawan / mendakwa di akhirat nanti. 

Jadi, inilah ciri orang yang bertaqwa :
▶ Dia menghargai perkataan dan cuba untuk memenuhkan walaupun kadang-kadang ia menyusahkan. Nampak macam susah, tetapi ia menjaga diri dari segala bala bencana. 

Lebih daripada itu, menurut Muhammad Abduh, 
▶ Janji adalah sesuatu yang harus ditepati terhadap orang lain apatah lagi kepada Allah dan juga kepada sesama manusia. Janji itu wajib ditepati selama bukan maksiat. Menepati janji adalah kewajipan yang sangat asas di dalam kehidupan.

Apabila bercakap tentang hubungan sesama manusia ini, ia mencakupi bab muamalah contohnya seperti  akad jual beli, atau perjanjian biasa lainnya. 

Hubungan ini perlu diambil perhatian. 

__
📌 Orang bertaqwa amat sensatif dengan janji yang dibuat untuk ditunaikan

Kadangkala, apabila orang buat perjanjian ataupun sign agreement apa-apa, banyak tulisan-tulisan kecil di situ, kadangkala diambil ringan. Ada yang asalkan boleh buat untung, dia tidak kisah. Kecuali didakwa atau orang ingatkan. 

Tetapi, bagi orang yang bertaqwa, orang ingatkan atau tidak, dia amat sensatif dengan apa yang telah di kotakan ataupun apa yang telah dinyatakan dalam perjanjian. 

Apa yang dibincangkan ini, sejajar dengan Hadis Nabi ﷺ :-

Daripada Anas R.A, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah memberikan khutbah kepada kami. Baginda bersabda :

لاَ إِيمَانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَةَ لَهُ وَلاَ دِينَ لِمَنْ لاَ عَهْدَ لَهُ

Maksudnya: “ Tiada iman (kurang iman) bagi yang tiada sifat amanah. Tiada agama (kurang agama) bagi yang tidak menepati janji. ”
Riwayat al-Baihaqi (4354) di dalam Syu’ab al-Iman


▶ Amanah dan janji ini ada 2 perkara : Iman, ada kaitan dengan amanah, dan agama ini, ada kaitan dengan janji. 

Itu sebabnya perlu menepati janji kalau : nak beli sesuatu atau nak belanja atau nak bertemu pada masa yang ditetapkan. ini ada kaitan dengan Deen, agama.

▶ Orang itu makin beragama, makin menepati janji.

Orang makin tak beragama, makin tidak menepati janji. Dan dia merasakan bahawa perkataan itu tiada kesan sampingan kecuali apa yang orang claim sahaja. Ini perkara yang tidak tepat.

Bercakap tentang janji dengan Allah S.W.T, ini dinyatakan dalam Surah al-'Araf, 7, ayat 172

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا۟ بَلَىٰۛ شَهِدْنَآۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَٰفِلِينَ 

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Dalam ayat ini bercakap tentang janji kita dengan Allah.

__
📌 Kesimpulannya

Ini juga ciri orang yang bertaqwa. Menunaikan janji, 
1) Janji dengan Allah
2) Janji dengan Manusia

Janji ini perlu diberi perhatian dan wajib dikotakan samaada kita berjanji wajib ke sunat ke, ia tetap wajib.

Moga-moga kita dapat manfaat dan kita dapat melaksanakan janji kita semampu mungkin sebagai tanda bahawa pohon taqwa kita sedang rendang dan InsyaAllah menghasilkan manfaat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home