Memori Saudi - Expect the Unexpeced When You Are in Saudi Arabia
“Abang akan hantar Honey, tapi abang tak boleh duduk lama kat sana. Banyak
kerja perlu diselesaikan sebelum raya cina ni”. Begitulah janji suami pada saya
semasa kami bersetuju untuk saya ke Rabigh, Arab Saudi untuk membuat praktikal
bahasa Arab sambil bekerja sebagai Profesor Madya di King AbdulAziz University
(KAU).
Saya akur kerana saya
tahu suami memang sibuk dengan urusan pejabat dan urusan ladang kami. Pejabat
Arkiteknya memang tidak pernah ditinggal lama kecuali semasa kami mengerjakan
haji pada tahun 2005.
Alhamdulillah sekarang
dah ada empat orang anak yang bekerja dengan suami dan berkongsi tanggung jawab
urusan pejabat. Namun suami saya tidak dapat menyerahkan terus semua urusan
kepada anak-anak kerana mereka baru tamat belajar, masih baru dengan
selok-belok urusan projek dan pejabat.
Selain suami, saya juga
membawa bersama anak lelaki bongsu dan seorang anak perempuan yang baru tamat
pengajian Masternya dari Sydney. Pemergian kami ke Rabigh ditanggung sepenuhnya
oleh KAU. Saya telah mendapat visa kerja. Suami dan anak-anak mendapat visa
residen (iqamah). Prosedur biasa, tempoh visa dari Kedutaan Arab Saudi di
Malaysia adalah selama 90 hari sahaja.
Sebaik sampai di Rabigh
saya dinasihatkan oleh KAU untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik
An-nakhel untuk dapatkan lanjutan visa selama setahun. Saya serahkan pasport
dan wang tunai SAR500 kepada pegawai KAU untuk urusan iqamah. Alhamdulillah
iqamah saya selesai dalam masa seminggu. Syukur, urusan cepat siap.
Sebaik sahaja saya
dapat iqamah, keluarga pula dimaklumkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di
klinik yang sama bagi urusan lanjutan iqamah mereka. Selepas seminggu anak-anak
berjaya mendapat kad iqamah mereka tetapi iqamah suami ada masalah. Apa pula
masalahnya, tiada siapa dapat menjawab...
Suami mula gelisah
kerana rancangan untuk pergi menemani saya sekejap telah berlanjutan lebih
daripada dua minggu. Suami yang masuk dengan visa iqamah tidak boleh keluar
dari Arab Saudi selagi urusan lanjutan iqamah tidak selesai! Stranded!
Begitulah perasaan beliau. Gelisah memikirkan urusan kerja di Malaysia.
What's the problem?
Tiada siapa dapat menjawab. Suami disuruh pergi semula ke klinik dan ke pejabat
imigresyen di Rabigh tetapi masalah berterusan. Pejabat imigresyen arahkan kami
ke pejabat istiqdam di Jeddah. Saya sebagai "kafil" suami ikut pergi
dengan kereta sewa yang dipandu oleh Abdul Rahman dari India.
Malangnya di pejabat
istiqdam, kami disuruh pula oleh pegawai Pak Arab yang boleh berbahasa Inggeris
pergi ke pejabat imigresyen Jeddah untuk dapatkan surat bagi membolehkan dia membuka
fail. Oleh kerana saya kafil suami, urusan perlu saya buat. Saya berkeras tidak
mahu ke pejabat imigresyen Jeddah kerana sudah ada catatan dari pejabat
imigresyen Rabigh meminta masalah kami diselesaikan.
Saya kalah. Kami
terpaksa pergi juga ke pejabat imigresyen Jeddah. Urusan di pejabat imigresyen
Jeddah menjadi semakin sukar kerana tiada pegawai yang boleh berbahasa
Inggeris. Bagai ayam dengan itik kami cuba berkomunikasi. Miss communiation! Stress
di arah ke sana kemari saya mula sebak. Urusan saya di Rabigh yang pada mulanya
lancar, telah mendapat dugaan Allah.
Abdul Rahman, pemandu
kami yang begitu "cool", mengingatkan kami tentang surah As-Syarh (Alam
Nasyrah), "Sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan". Saya
istighfar, saya telah lupa dan lalai tentang "ketetapan Allah". Saya
dan suami diduga hanya dengan sedikit ujian, tetapi kami sudah gelisah.
Astagfirullah... ". "Sesungguhnya bersama kesusahan ada
kesenangan". Syukur, saya diperingatkan oleh Allah melalui seorang drebar
dari India!
Kenapa kami pergi
sendiri ke Jeddah untuk urusan iqamah suami? Bukankah pihak KAU yang perlu
uruskan? Selepas bertenang sebentar baru saya terfikir kenapa saya ambil
tindakan sendiri.
Terus saya telefon
Profesor Wardah, dekan bahagian wanita di KAU Rabigh. Ya, kenapa saya tidak
terfikir untuk hubungi beliau lebih awal. Ketentuan Allah? Saya yang gopoh,
ambil tindakan sendiri, lupa bahawa urusan sebelum ini semuanya diuruskan oleh
pegawai KAU dengan lancar.
Profesor Wardah telah
menyuruh kami berjumpa Naif pegawai KAU Jeddah membantu untuk menyelesaikan
masalah kami. Dokumen berkenaan diserahkan kepada beliau dan kami pun pulang ke
Rabigh setelah hampir sehari ke hulu ke hilir di bandar Jeddah yang sungguh
sibuk. Janji Naif, minggu depan masalah akan selesai. "Next time don't
come to Jeddah without calling me, ok teacher?". Itu pesanan Naif. Saya
dan suami tersenyum.
Pulang ke rumah dengan
lapang dada, bahawa ini adalah takdir Allah untuk kami. Sedikit kesusahan
dengan ujian Allah sebagai tanda kami masih diingati oleh Nya. Insya Allah..
semoga iman kami terhadap surah Alam Nasyrah semakin kental. Semoga masalah
iqamah suami dapat diselesaikan. Suami redho, gelisah semakin reda. Kita merancang, Allah menentukan. Expect the
unexpected.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home