Memori Saudi - Lambaian Sahara
"Che Pah, Faculty of Computing and Information Technology (FCIT),
King AbdulAziz University (KAU) cawangan Rabigh nak cari staf perempuan dari
Malaysia. Che Pah nak join tak?".
"Boleh juga nak try... ajar course apa?
Kat sini ada IS, CS dan IT.
Students tak ramai, jadi tak tension macam universiti lain di Arab Saudi.
Rabigh ni bandar kecil saja tak sibuk macam Jeddah atau bandar-bandar besar
lain.
Saya memang ada hajat nak
pergi mengajar di Saudi. Sekarang saya dah pencen pilihan dan sedang ambil
Diploma Bahasa Arab. Kalau pergi sana, boleh saya buat praktikal bercakap
bahasa Arab. Menarik tu! Che Pah prepare
CV dan email pada saya.
Nora kat sana seorang tanpa
suami tak ada masalah ka? Kan kat Saudi perempuan tak boleh memandu?
Suami dan anak-anak datang
masa cuti. Kalau suami tak ada, saya jalan kaki saja ke kampus. Kalau nak pergi
Jeddah, Mekah atau Madinah boleh pergi dengan kawan atau dengan driver yang
kita kenal. InsyaAllah, setiap minggu boleh pergi Mekah atau Madinah. Nak pergi
weekdays pun boleh kalau tak ada kelas. Kat sini kita cuma pergi kampus hari
ada kelas saja.
CV saya memang dah ready.
Nanti saya bincang dengan suami dulu dan saya akan hubungi Nora semula. Teruja
dah saya ni!
Begitulah perbualan saya
dengan Nora melalui FB Messanger pada awal bulan September 2014, yang merupakan
titik tolak penghijrahan sementara saya ke Rabigh.
"Cuba lah hantar CV
kepada Nora, kalau tak berjaya no harm done, kalau dapat kita bincang
semula", begitulah respond suami saya bila saya maklumkan kepada nya
mengenai mesej Nora.
15 September 2014, saya pun
email surat permohonan, CV dan salinan-salinan sijil akademik kepada Nora.
"Che Pah, saya dapat berita yang Dekan
FCIT dah setuju, cuma perlu dibawa ke panel pulak. Nanti Che Pah akan
ditemuduga melalui Skype. Dekan nak you datang Semester 2 nanti, which is end
of January 2015. You dah boleh buat preparation untuk sahkan sijil-sijil
akademik daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Luar
Negeri Malaysia dan Saudi Cultural Mission di Kuala Lumpur", teruja saya
membaca mesej Nora pada 16 September 2015.
"Tak apa la Nora, saya
akan buat semua tu bila dapat surat tawaran nanti". Saya pun terus
menunggu surat tawaran. Suami dan anak-anak pula asyik bertanya perkembangan
permohonan saya.
Setelah tiga bulan berlalu,
tiada email atau surat dari KAU. Saya pun tidak berapa kisah kerana saya
bahagia bersama keluarga di rumah. Kehidupan harian saya sebagai orang pencen
pun tiada tekanan. Empat hari seminggu, selepas subuh saya dan suami akan pergi
beriadah di Kompleks Sukan berdekatan rumah. Kami mengamalkan berjalan pantas
selama sejam setiap dan petang pula saya berkebun. Kadang-kadang saya
menunggang kuda atau pergi melawat ladang kami di tepi pantai Senak, Bachok.
Setiap hari Selasa saya
mengikuti kelas bahasa Arab di Arabic Learning Centre, Nilampuri. Hari Sabtu
pagi saya pergi kelas hadis Buhkari yang disampaikan oleh Maulana Asri dari
Darul Kautsar. Hari Ahad petang pula saya berusrah dengan Kak Wan Tempawan dan guru-guru SKKK 3.
Alhamdulillah masa saya sebagai orang pencen penuh dengan akiviti yang saya
suka. Saya buat apa yang saya suka. Bukan buat kerja untuk orang lain suka atau
kerana terpaksa atau kerana hendak kejar KPI.
Dalam kesibukan mengikuti
kejadian banjir yang bermula di Rantau Panjang, Kelantan pada 23 Disember 2014,
saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon asing yang nombor bermula +966....
Suara lelaki bercakap Inggeris yang pekat dengan slang Arab itu rupanya Dekan
FCIT, KAU Rabigh. "You can go to Saudi Culture Mission (SCM), Kuala Lumpur
to get your offer letter".
Apa? Offer letter? Surat
tawaran? Tanpa temuduga? Biar betul!! "Baik sikit umi, banyak Scam jual
orang sekarang ni. Nanti kena lelong dengan pak arab tu...", anak
perempuan saya merungut memberi peringatan.
Untuk kepastian, saya cuba
menghubungi SCM tapi tidak berjawab. Saya semak nombor telefon Saudi itu dengan
Nora. Yang telefon itu memang Dekan. Saya pun hantar WhatsApp (WA) mesej kepada
Dekan meminta beliau email surat tawaran kepada saya. "I don't have, they
send it directly to SCM. Go to them".
Macam mana saya nak bertanya
SCM kalau nombor rujukan pun tak ada? Sudah lah telefon tak berjawab. Tanpa
diduga, keesokannya saya terima WA dari Dekan dengan imej surat tawaran dalam
bahasa Arab. Imej yang agak kabur, sukar untuk dibaca!
Walaupun saya belajar bahasa
Arab sudah habis 4 semester, hanya sebahagian kecil kandungan surat itu saya
faham. Saya buka kamus, bolehlah
terjemah sikit-sikit. Tak boleh ambil tindakan apa-apa selagi saya tak
faham sepenuhya kandungan surat tawaran tersebut. Jadi saya pun forward imej
surat kepada ustaz bahasa Arab saya minta tolong beliau terjemah.
"Maaf Puan Sharifah,
saya berada di Kuala Lumpur. Tak tahu lagi bila boleh balik sebab jalan
KL-Kuala Krai ditutup sebab banjir. Pulak dah! Yang saya faham dari surat
tawaran tu saya mesti mula bekerja di KAU pada 25 Januari 2015. Sebulan sahaja
lagi! Menurut Nora banyak proses yang perlu diselesaikan. Macam mana nak ambil
tindakan kalau surat tawaran pun saya tak faham sepenuhnya?
Air sungai Kelantan semakin
sebak. Ombak Laut China Selatan pula mengganas. Hampir tiga perempat negeri
Kelantan dilanda tsunami air kuning. Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah
mengalami kemusnahan besar, tak terjangka oleh sesiapa. Kuasa Allah, menggerakkan
tenteranya merubah segalanya. Kelantan diselaputi lumpur kuning!
Rumah kami yang terletak di
tepi Sungai Pangkalan Datu juga terlibat. Keresahan menghadapi banjir
membuatkan hati saya tawar untuk memikirkan Rabigh. Alhamdulillah air banjir tidak
masuk ke dalam rumah kami yang dibina bertiang tinggi 10 kaki. "Berumah
ditepi sungai kena lah bersedia", teringat kata-kata suami semasa kami
merancang nak buat rumah pada tahun 2004.
Well thought off, maklumlah arkitek sohor Kelate!
Banjir berlalu meninggalkan
lumpur tebal disekeliling kawasan rumah. Tanaman herba dan ulam-ulam yang saya
tanam, habis musnah. Kolam ikan digenangi air lumpur, kosong tak bermaya. Ikan
peliharaan kami semuanya lesap. Kebiruan air kolam renang di depan rumah bertukar
menjadi kolam teh susu. Barang-barang dalam setor di bawah rumah hitam bersalut
lumpur.
Pemulihan semula akan memakan
masa. "Nak tinggalkan rumah dalam keadaan begitu? Alah, tak payah pergi la
ke Saudi. You already have everything here. Why do you want to go to an
unknown, leaving your comfort zone?" Hati saya berkata sendiri. Dingin
untuk ke Rabigh. Sedingin cuaca selepas banjir.
"I dengar berita you nak
pi Rabigh, betul ka? I rasa you tak kan boleh tahan duduk di sana. You dah
biasa duduk rumah besar macam istana. You vogue, and independent. Rabigh tu
kampung, rumah biasanya apartment kecil saja. You tak boleh kemana-mana tanpa
pemandu. You sanggup ka?” Bertalu-talu June yang sudah tujuh tahun duduk di
Jeddah bertanya dan mengingatkan saya. Hati saya semakin dingin dan tawar.
2 Januari 2015, ustaz
memaklumkan saya yang beliau lapang pada
hari Ahad 4 Januari untuk memberi terjemahan surat tawaran saya. Hati melompat
semula memikirkan pemergian ke Saudi.
"Puan Sharifah
ditawarkan jawatan Profesor Madya dengan jumlah gaji dan elaun sebanyak
SARXX,XXX dengan tambahan elaun rumah SARYY,YYY setahun. Puan kena mula bekerja
25 Januari. Ada masa lagi ni, pergi la. Peluang besar. Puan terpilih. Tengok
surat ni, Puan seorang saja dari Malaysia, calon lain dari Pakistan, India dan
Palestin. Puan boleh kerap pergi ke Mekah dan Madinah. Bukan senang dapat macam
tu. Kalau suami Puan setuju dan redha, pergi la. Tak payah fikir-fikir
lagi". Ustaz tersenyum menyakinkan saya untuk menerima tawaran.
"Ustaz, saya nak pergi ni bukan sebab nak
cari pendapatan lebih. Alhamdulillah saya dah dapat segalanya-galanya yang saya
inginkan. Saya nak pergi ni sebab nak terus belajar bahasa al-Quran dalam
persekitaran yang dekat dengan Mekah dan Madinah. Suami saya memang sudah
setuju. Tapi masa sangat suntuk, cuma tinggal tiga minggu".
Keesokannya saya pun
menghubungi agen yang menguruskan pemergian Nora untuk mendapat penjelasan
prosedur bekerja di Arab Saudi. "Pemeriksaan kesihatan di hospital panel.
Pengesahan sijil lahir anak-anak oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Sijil
akademik dan surat lantikan ke jawatan Profesor Madya semasa di USM perlu
mendapat pengesahan dari Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Luar Negeri
dan Saudi Cultural Mission Kuala Lumpur. Selepas itu Puan serahkan semua
dokumen tu kepada saya untuk urusan visa".
Adoi, rumitnya prosedur.
Tinggal tiga minggu saja lagi, mana sempat nak buat semua tu! "Proses nak
ke sini agak mencabar juga terutama di SCM. Che Pah kena kuat dan banyak
bersabar", terngiang-ngiang pula kata-kata Nora. "Ahhh... Forget it.
Bye-bye Rabigh. Malas aku nak menyusahkan diri just because nak pi cakap
Arab!"
"Cuba Che Pah email
Dekan minta tangguh tarikh pendaftaran kerja sebab banjir", desak Nora
meminta saya tidak berputus asa. "Start processing
your visa. You can come", jawapan Dekan apabila saya email beliau meminta
tangguh. Saya hantar email panjang lebar, itu saja jawapannya. Boleh tangguh ke
tidak? Entah! Tidak jelas.
"Che Pah,
Profesor Wardah, ketua bahagian wanita FCIT dok tunggu you sampai.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home