Thursday, 21 July 2016

Memori Saudi - Lambaian Sahara

"Che Pah, Faculty of Computing and Information Technology (FCIT), King AbdulAziz University (KAU) cawangan Rabigh nak cari staf perempuan dari Malaysia. Che Pah nak join tak?".  "Boleh juga nak try... ajar course apa?
     Kat sini ada IS, CS dan IT. Students tak ramai, jadi tak tension macam universiti lain di Arab Saudi. Rabigh ni bandar kecil saja tak sibuk macam Jeddah atau bandar-bandar besar lain.
     Saya memang ada hajat nak pergi mengajar di Saudi. Sekarang saya dah pencen pilihan dan sedang ambil Diploma Bahasa Arab. Kalau pergi sana, boleh saya buat praktikal bercakap bahasa Arab. Menarik tu!  Che Pah prepare CV dan email pada saya.
     Nora kat sana seorang tanpa suami tak ada masalah ka? Kan kat Saudi perempuan tak boleh memandu?
    Suami dan anak-anak datang masa cuti. Kalau suami tak ada, saya jalan kaki saja ke kampus. Kalau nak pergi Jeddah, Mekah atau Madinah boleh pergi dengan kawan atau dengan driver yang kita kenal. InsyaAllah, setiap minggu boleh pergi Mekah atau Madinah. Nak pergi weekdays pun boleh kalau tak ada kelas. Kat sini kita cuma pergi kampus hari ada kelas saja.
    CV saya memang dah ready. Nanti saya bincang dengan suami dulu dan saya akan hubungi Nora semula. Teruja dah saya ni!
    Begitulah perbualan saya dengan Nora melalui FB Messanger pada awal bulan September 2014, yang merupakan titik tolak penghijrahan sementara saya ke Rabigh.
     "Cuba lah hantar CV kepada Nora, kalau tak berjaya no harm done, kalau dapat kita bincang semula", begitulah respond suami saya bila saya maklumkan kepada nya mengenai mesej Nora.
     15 September 2014, saya pun email surat permohonan, CV dan salinan-salinan sijil akademik kepada Nora.
    "Che Pah, saya dapat berita yang Dekan FCIT dah setuju, cuma perlu dibawa ke panel pulak. Nanti Che Pah akan ditemuduga melalui Skype. Dekan nak you datang Semester 2 nanti, which is end of January 2015. You dah boleh buat preparation untuk sahkan sijil-sijil akademik daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Saudi Cultural Mission di Kuala Lumpur", teruja saya membaca mesej Nora pada 16 September 2015.
     "Tak apa la Nora, saya akan buat semua tu bila dapat surat tawaran nanti". Saya pun terus menunggu surat tawaran. Suami dan anak-anak pula asyik bertanya perkembangan permohonan saya.
     Setelah tiga bulan berlalu, tiada email atau surat dari KAU. Saya pun tidak berapa kisah kerana saya bahagia bersama keluarga di rumah. Kehidupan harian saya sebagai orang pencen pun tiada tekanan. Empat hari seminggu, selepas subuh saya dan suami akan pergi beriadah di Kompleks Sukan berdekatan rumah. Kami mengamalkan berjalan pantas selama sejam setiap dan petang pula saya berkebun. Kadang-kadang saya menunggang kuda atau pergi melawat ladang kami di tepi pantai Senak, Bachok.
     Setiap hari Selasa saya mengikuti kelas bahasa Arab di Arabic Learning Centre, Nilampuri. Hari Sabtu pagi saya pergi kelas hadis Buhkari yang disampaikan oleh Maulana Asri dari Darul Kautsar. Hari Ahad petang pula saya berusrah dengan  Kak Wan Tempawan dan guru-guru SKKK 3. Alhamdulillah masa saya sebagai orang pencen penuh dengan akiviti yang saya suka. Saya buat apa yang saya suka. Bukan buat kerja untuk orang lain suka atau kerana terpaksa atau kerana hendak kejar KPI.
     Dalam kesibukan mengikuti kejadian banjir yang bermula di Rantau Panjang, Kelantan pada 23 Disember 2014, saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon asing yang nombor bermula +966.... Suara lelaki bercakap Inggeris yang pekat dengan slang Arab itu rupanya Dekan FCIT, KAU Rabigh. "You can go to Saudi Culture Mission (SCM), Kuala Lumpur to get your offer letter".
     Apa? Offer letter? Surat tawaran? Tanpa temuduga? Biar betul!! "Baik sikit umi, banyak Scam jual orang sekarang ni. Nanti kena lelong dengan pak arab tu...", anak perempuan saya merungut memberi peringatan.
     Untuk kepastian, saya cuba menghubungi SCM tapi tidak berjawab. Saya semak nombor telefon Saudi itu dengan Nora. Yang telefon itu memang Dekan. Saya pun hantar WhatsApp (WA) mesej kepada Dekan meminta beliau email surat tawaran kepada saya. "I don't have, they send it directly to SCM. Go to them".
     Macam mana saya nak bertanya SCM kalau nombor rujukan pun tak ada? Sudah lah telefon tak berjawab. Tanpa diduga, keesokannya saya terima WA dari Dekan dengan imej surat tawaran dalam bahasa Arab. Imej yang agak kabur, sukar untuk dibaca!
     Walaupun saya belajar bahasa Arab sudah habis 4 semester, hanya sebahagian kecil kandungan surat itu saya faham. Saya buka kamus, bolehlah  terjemah sikit-sikit. Tak boleh ambil tindakan apa-apa selagi saya tak faham sepenuhya kandungan surat tawaran tersebut. Jadi saya pun forward imej surat kepada ustaz bahasa Arab saya minta tolong beliau terjemah.
     "Maaf Puan Sharifah, saya berada di Kuala Lumpur. Tak tahu lagi bila boleh balik sebab jalan KL-Kuala Krai ditutup sebab banjir. Pulak dah! Yang saya faham dari surat tawaran tu saya mesti mula bekerja di KAU pada 25 Januari 2015. Sebulan sahaja lagi! Menurut Nora banyak proses yang perlu diselesaikan. Macam mana nak ambil tindakan kalau surat tawaran pun saya tak faham sepenuhnya?
     Air sungai Kelantan semakin sebak. Ombak Laut China Selatan pula mengganas. Hampir tiga perempat negeri Kelantan dilanda tsunami air kuning. Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah mengalami kemusnahan besar, tak terjangka oleh sesiapa. Kuasa Allah, menggerakkan tenteranya merubah segalanya. Kelantan diselaputi lumpur kuning!
     Rumah kami yang terletak di tepi Sungai Pangkalan Datu juga terlibat. Keresahan menghadapi banjir membuatkan hati saya tawar untuk memikirkan Rabigh. Alhamdulillah air banjir tidak masuk ke dalam rumah kami yang dibina bertiang tinggi 10 kaki. "Berumah ditepi sungai kena lah bersedia", teringat kata-kata suami semasa kami merancang nak buat rumah pada tahun 2004.  Well thought off, maklumlah arkitek sohor Kelate!
     Banjir berlalu meninggalkan lumpur tebal disekeliling kawasan rumah. Tanaman herba dan ulam-ulam yang saya tanam, habis musnah. Kolam ikan digenangi air lumpur, kosong tak bermaya. Ikan peliharaan kami semuanya lesap. Kebiruan air kolam renang di depan rumah bertukar menjadi kolam teh susu. Barang-barang dalam setor di bawah rumah hitam bersalut lumpur.
     Pemulihan semula akan memakan masa. "Nak tinggalkan rumah dalam keadaan begitu? Alah, tak payah pergi la ke Saudi. You already have everything here. Why do you want to go to an unknown, leaving your comfort zone?" Hati saya berkata sendiri. Dingin untuk ke Rabigh. Sedingin cuaca selepas banjir.
     "I dengar berita you nak pi Rabigh, betul ka? I rasa you tak kan boleh tahan duduk di sana. You dah biasa duduk rumah besar macam istana. You vogue, and independent. Rabigh tu kampung, rumah biasanya apartment kecil saja. You tak boleh kemana-mana tanpa pemandu. You sanggup ka?” Bertalu-talu June yang sudah tujuh tahun duduk di Jeddah bertanya dan mengingatkan saya. Hati saya semakin dingin dan tawar.
     2 Januari 2015, ustaz memaklumkan saya yang beliau  lapang pada hari Ahad 4 Januari untuk memberi terjemahan surat tawaran saya. Hati melompat semula memikirkan pemergian ke Saudi.
     "Puan Sharifah ditawarkan jawatan Profesor Madya dengan jumlah gaji dan elaun sebanyak SARXX,XXX dengan tambahan elaun rumah SARYY,YYY setahun. Puan kena mula bekerja 25 Januari. Ada masa lagi ni, pergi la. Peluang besar. Puan terpilih. Tengok surat ni, Puan seorang saja dari Malaysia, calon lain dari Pakistan, India dan Palestin. Puan boleh kerap pergi ke Mekah dan Madinah. Bukan senang dapat macam tu. Kalau suami Puan setuju dan redha, pergi la. Tak payah fikir-fikir lagi". Ustaz tersenyum menyakinkan saya untuk menerima tawaran.
     "Ustaz, saya nak pergi ni bukan sebab nak cari pendapatan lebih. Alhamdulillah saya dah dapat segalanya-galanya yang saya inginkan. Saya nak pergi ni sebab nak terus belajar bahasa al-Quran dalam persekitaran yang dekat dengan Mekah dan Madinah. Suami saya memang sudah setuju. Tapi masa sangat suntuk, cuma tinggal tiga minggu".
     Keesokannya saya pun menghubungi agen yang menguruskan pemergian Nora untuk mendapat penjelasan prosedur bekerja di Arab Saudi. "Pemeriksaan kesihatan di hospital panel. Pengesahan sijil lahir anak-anak oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Sijil akademik dan surat lantikan ke jawatan Profesor Madya semasa di USM perlu mendapat pengesahan dari Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Luar Negeri dan Saudi Cultural Mission Kuala Lumpur. Selepas itu Puan serahkan semua dokumen tu kepada saya untuk urusan visa".
     Adoi, rumitnya prosedur. Tinggal tiga minggu saja lagi, mana sempat nak buat semua tu! "Proses nak ke sini agak mencabar juga terutama di SCM. Che Pah kena kuat dan banyak bersabar", terngiang-ngiang pula kata-kata Nora. "Ahhh... Forget it. Bye-bye Rabigh. Malas aku nak menyusahkan diri just because nak pi cakap Arab!"
     "Cuba Che Pah email Dekan minta tangguh tarikh pendaftaran kerja sebab banjir", desak Nora meminta saya tidak berputus asa. "Start processing your visa. You can come", jawapan Dekan apabila saya email beliau meminta tangguh. Saya hantar email panjang lebar, itu saja jawapannya. Boleh tangguh ke tidak? Entah! Tidak jelas.

     "Che Pah, Profesor Wardah, ketua bahagian wanita FCIT dok tunggu you sampai.

No comments:

Post a Comment