E-Kursus Taqwa Day 20
Tajuk: Ciri 2/15 Pohon Taqwa - Mendirikan Solat
Mengapa ia penting? Mengapa menjadi tiang agama?
Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 20
Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas
Tajuk : Ciri 2/15 pohon Taqwa ➡ Mendirikan Solat
___>
Istilah solat ini dalam al-Quran:
صلو
Diulang 99 kali dalam al-Quran.
صلاة - صلى، يصلى
Diulang sebanyak 67 kali kalau ambil daripada perkataan صلاة.
▶ Bermaksud doa, memohon berkat dan mengagungkan.
Jika pelakunya malaikat maka ia bermaksud
▶ Doa dan permohonan ampun.
Dalam kitab 'LisanulArab' disebutkan
▶ Solat itu bermaksud rukuk, sujud dan juga rahmat.
Ibnu 'Arabia mengemukakan 3 makna solat sesuai dengan perlakunya:-
1) Bererti curahan rahmat - kalau Allah yang buat. Pelakunya Allah.
2) Bererti berdiri, rukuk, sujud, tasbih - pelakunya malaikat, manusia dan jin.
3) Bererti tasbih - apabila pelakunya burung dan udara.
Ini menurut al-Khatabi, solat bererti
▶ Mengagungkan dan memuliakan.
Sesuai dengan perkara ini, ulama membahagikan 3 makna solat sesuai dengan pelakunya
1) Bererti curahan rahmat - Pelakunya Allah.
2) Permohonan Maghfirah - apabila pelakunya malaikat
3) Doa - apabila pelakunya adalah manusia.
Jadi, solat dalam bahasa mengandungi makna doa, berkat, rahmat, sujud, tasbih, mengagungkan dan memuliakan.
___
📌 Pengertian solat dari sudut Istilah Syarak
Solat adalah ciri yang ke-2 daripada 15 pohon Taqwa.
Solat صلاة :-
▶ Ucapan dan perbuatan dengan syarat-syarat tertentu dimulai dengan tasbih dan diakhiri dengan salam.
Apakah dalilnya solat ini ciri orang bertaqwa?
Surah Al-Baqarah 2: ayat 3
.... وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ......
...... mendirikan (mengerjakan) sembahyang.....
Menurut Ibnu Abbas, makna وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ,
▶ Adalah mendirikan solat dengan rukunnya.
Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas memaknakan ayat ini
▶ dengan menyempurnakan rukuk, sujud, bacaan, khusyuk dan konsentrasi di dalam solat.
Menurut Ad-Dahaq
▶ Solat adalah fardhu.
Rasyid Redha menyatakan bahawa
▶ Mendirikan solat itu ialah melaksanakan solat dengan segala syaratnya.
__
📌 Solat memberi kesan kepada luar solat
Ayat tersebut selari dengan istilah yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, 2, ayat 177
.... وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَٰهَدُوا۟ۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ
... dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
Kalimah وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ bererti
▶ Sentiasa melaksanakan solat dengan segala peraturannya.
Lebih jauh maknanya lagi, al-Maghowi mengemukakan, Mendirikan solat adalah
▶ Melaksanakan dengan cara yang lebih sempurna. Demikian itu tidak laksanakan dengan perbuatan dan perkataan sahaja, tetapi harus laksanakan dengan rahsia rahsia dan roh solat. Iaitu menghiasi diri dengan Akhlak-akhlak mulia dan menjauhi sifat tercela dengan tidak melakukan kejahatan.
▶ Maksudnya dalam solat itu, ada kesan kepada luar solat. Ini yang dimaksudkan dengan apa yang disampaikan oleh al-Maghowi.
Ini selari dengan ayat 45 Surah al-Ankabut, 29:
ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
Dan dalam Hadis Nabi ﷺ,
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ
Maksudnya: “ Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan ke muncaknya adalah berjihad. ” [Riwayat al-Tirmizi (2616)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
▶ Solat itu adalah tiang agama dan kunci segala kebaikan.
Maksudnya, katakan jika seseorang itu ingin menjadi baik, maka solat itu perlu dijaga.
__
📌 Kesimpulannya
Jadi, inilah beberapa perkara yang perlu kita jaga.
Apabila bercakap tentang jaga solat ini, kena jaga tentang :
❇ masanya,
❇ bacaannya,
❇ khusyuknya dan juga
❇ apa yang difahami di dalam solat itu.
Moga-moga perkara ini dapat kita jaga pada setiap hari. Pohon taqwa ciri yang ke-2, mendirikan solat.
No comments:
Post a Comment