Saturday, 2 November 2019

Ciri 1/15 Pohon Taqwa - Beriman

E-Kursus Taqwa Day 19

Tajuk: Ciri 1/15 Pohon Taqwa - Beriman



Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 19

Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail 
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas

Tajuk : 1/15 pohon Taqwa ➡ Beriman


Alhamdulillah. Hari ini kita akan mendalami kepada apakah ciri pohon taqwa yang perlu kita lihat setiap hari.

Ada 15 perkara yang dinyatakan dalam beberapa ayat yang telah dibincangkan dalam siri sebelum ini

Apakah perkara pertama daripada 15 perkara tersebut?

Iaitu beriman.

Di dalam kita bercakap tentang beriman ini, kita tahu beriman itu merangkumi kepada pelbagai perkara. Ada 6 perkara yang kita tahu dalam rukun iman.

Macam mana kita nak tahu sebenarnya beriman ini penting?

Salah satunya yang jelas dalam Surah Al-Baqarah ayat 3, apabila Allah menyatakan ciri orang bertaqwa itu

Al-Baqarah 2:3

ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ...... 

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,

Perkara Ghaib ini menyentuh kepada 6 perkara. 

1) Beriman kepada Allah
2) Beriman kepada Malaikat
3) Beriman kepada kitab yang diturunkan oleh Allah
4) Beriman kepada Rasul
5) Beriman kepada hari Akhirat
6l Beriman kepada Taqdir, Qada' dan Qadar Allah S.W.T.

Iman ini penting.

Keimanan ini satu perkara yang menjelaskan tentang orang bertaqwa kerana dia mentauhidkan Allah, kerana dia mengkaji al-Quran, 8 input yang telah kita bincangkan sebelum ini. Serta, dia jaga 5 perkara, ulat-ulat itu, maka lahirlah pohon taqwa yang salah satunya adalah beriman.

__
📌 Pengertian Iman

Iman ini dalam al-Quran, disebut 877 kali berulang dan maksudnya ialah ia boleh menjadi
آمن، يُؤْمِنُ، مُؤْمِن

▶ Yang bermaksud membenarkan yang disertai dengan rasa aman.

Jadi, ini adalah iman.
▶ Pembenaran dengan hati, pengakuan dengan lidah dan pengamalan dengan anggota badan.

Sebagaimana Allah nyatakan dalam Surah al-Haddid ayat yang ke-19
Al-Hadid 57:19

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦٓ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلصِّدِّيقُونَۖ  

Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah itulah orang-orang yang benar

Menurut at-Thobari,
▶ Iman adalah suatu kata yang menggabungkan pengakuan terhadap wujud Allah, kitab, Rasul, pembenaran pengakuan tersebut dengan perbuatan.

Sedangkan Naisaburi dalam karya ya berusaha menyimpulkan perbezaan pendapat para Ulama, iman kepada 4 bahagian iaitu 

1. Pendapat Muktazilah 
mengatakan bahawa iman itu adalah nama bagi perbuatan hati, lidah dan anggota badan.

Jadi barang siapa yang merosakkan aqidanya sekali pun diaَ mengucapkan 2 kalimah syahadah, mengamalkan ajaran islam, maka orang tersebut adalah Munafiq; Barang siapa merosakkan syahadanya, maka dia adalah kafir; Barang siapa merosakkan amalnya, maka ia adalah Fasiq.

Ini adalah pendapat daripada muktazilah, Khawarij & Zaidiyyah.

2. Pendapat bahawa iman itu dengan hati dan lisan.

Tetapi dalam rumusnya, mereka berbeza pendapat.

Imam abu Hanifah ada pendapat ya : iman adalah pengakuan dengan lidah & makrifat dengan hati.

Mazhab Abu Hassan Asy-Syaariah : iman itu adalah pembenaran dengan hati.

3. Pendapat yang ketiga, iman adalah pengamalan hati.

4. Pendapat yang keempat, fiman itu adalah pengakuan dengan lisan.

__
📌 Keimanan kepada Malaikat

Berulang perkataan malaikat ini, 68 kali dan 

مَلَآئِكَة
sebanyak 5 kali, .
Jamak kepada ملك
▶ Bermaksud utusan. 
▶ Terminologinya bermaksud alam ghaib yang diciptakan Allah daripada cahaya dan dijadikan taat dan merendah diri kepada Allah. 

Malaikat ini ada fungsinya masing-masing. 

Biasanya kita dengar Jibril, Israfil, Malik dan lain-lain, sebenarnya malaikat lebih daripada itu lagi namanya.

Adapun beriman kepada malaikat adalah beriman bahawa 
▶ mereka itu daripada alam ghaib, yang diciptakan daripada cahaya, beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan mereka ini tidak ingkar dan melakukan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T.

Ini dinyatakan dalam Surah at-tahrim ayat 6.

At-Tahrim 66:6

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ 

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Jadi kepercayaan kepada malaikat ini adalah sebahagian daripada perkara ghaib.

Ini yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat nombor 3.

Iman kepada malaikat adalah berdasarkan beriman kepada wahyu, kenabian dan hari akhirat. 

Contohnya, kalau seseorang itu ingkar kepada Jibril, asasnya dia tidak percaya pada wahyu, yang melimpahkan ilmu urusan agama kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan izin Allah. 

Ini dinyatakan  dalam Surah al-Qadar ayat 4.

Al-Qadr 97:4

تَنَزَّلُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ 

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);


___
📌 Keimanan kepada Kitab


Beriman kepada kitab itu, bukan sahaja al-Quran tetapi juga kitab Injil, Taurat, zabur. 

Ini dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 4

Al-Baqarah 2:4

*وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ........ 

Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripada mu...

Menurut Ibnu Abbas, orang yang beriman itu,
▶ membenarkan dengan apa yang dibawa oleh Nabiﷺ  & yang dibawa oleh nabi-nabi sebelum nabi Muhammadﷺ. Mereka tidak membeza-bezakan dan tidak mengingkari.

Jadi, tidak ada perbezaan, tidak ada konflik.

Kalau ada wahyu pernah turun sebelum ini, tidak ada beza. Kita percaya. Berbanding dengan orang-orang yang menerima Injil tetapi apabila datang al-Quran, mereka tidak terima..


__
📌 Beriman kepada kepada Rasul

Perkara yang keempat ialah beriman kepada Rasul
رسول

Berulang 116 kali

Apakah yang dimaksudkan dengan Rasul ini?
▶ Manusia yang diperintah untuk melaksanakan misinya dengan mengaku menjadi Rasul. 

Menurut al-Kalbi daan al-Faraq,
▶ semua Rasul adalah nabi dan tidak semua nabi adalah Rasul. 

Dalil tentang beriman dengan para Rasul ini dalam

Al-Baqarah 2:177

...... وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّۦنَ..... 

...... tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi;.... 

Jadi, ini adalah dalilnya.

Menurut al-Maghawi,
▶ kebajikan itu adalah beriman kepada para Nabi, percaya kepada Mereka. 

Sebagaimana dalam Surah az-zumar ayat 33

وَٱلَّذِى جَآءَ بِٱلصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِۦٓۙ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ 

Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.

Mengapa penting kita beriman dengan para Rasul ini?
▶ Kerana mereka adalah Avengers, penyelamat kepada kaum ataupun umat pada waktu itu. Mereka sanggup bergolok-bergadai kerana nak menjadi penyelamat.

Menurut Qatadah, yang dimaksudkan dengan وَٱلَّذِى جَآءَ بِٱلصِّدْقِ adalah Rasulullah yang membawa al-Quran.

Jadi ini adalah yang keempat.

__
📌 Beriman kepada Hari Akhirat

Yang ke-5 ialah beriman kepada hari akhirat.

Yang berulang 115 kali
▶ Yang bererti alam selepas kehidupan dunia, iaitu alam Baqa'. 

As-syaukani & al-Maghawi menjelaskan
▶ Akhirat adalah negeri pembalasan amal berupa kebangkitan kiamat, hisab, mizan, Shirat, syurga dan neraka.

Jadi akhirat ialah alam selepas kehidupan manusia di dunia. Ada fasa-fasanya yang telah dijelaskan tadi. Itulah akhirat.

Dasar perkara ini dalam Surah Al-Baqarah ayat 4

.... وَبِٱلْءَاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ 

.... , serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Menurut Ibnu Abbas, tafsir kepada ayat ini,
▶ iaitu yakin adanya kebangkitan, kiamat, syurga dan neraka, perhitungan dan timbangan.

Maksud yakin dan beriman :-

Keyakinan 
➡ ialah iktikad yang sesuai dengan apa yang terjadi, yang tidak ada keraguan padanya dan tidak hilang. 
Sedangkan 

Iman menurut Syarak 
➡ disyaratkan dengan adanya keyakinan, penggunaan hati yang pasti yang tidak syak dan tidak ragu.

Jadi itu beza antara iman dan juga yakin.

Al-Maghowi menafsirkan dengan
▶ negeri akhirat yang merupakan negeri pembalasan semua amal. Beriman dengan hari akhirat, meliputi iman kepada semua yang dijelaskan dengan dalil yang mutawatir seperti perhitungan, timbangan, titian Shirat dan juga syurga neraka.

Apakah kesan beriman dengan Hari Akhirat? 
❇Menyebabkan kita akan rasa bahawa bukan semua dibalas atau dapat di dunia ini sahaja. Ada dunia seterusnya.

Kita akan buat yang terbaik, mendekatkan diri kepada Allah. Kerana apa? Kerana Kita bukan sahaja beriman beramal sampai sini. Kita akan beramal sampai ke sana.

_
📌 Beriman dengan Takdir


Akhir sekali ialah beriman kepada takdir, Qada' Qadar 
قضاء قدر
5 kali di dalam al-Quran

▶ Iaitu ukuran yang tertentu terhadap makhluk yang telah dijadikan Allah sesuai dengan hikmahnya.

Dalil yang menunjukkan percaya kepada takdir merupakan sifat orang bertaqwa dalam Surah al baqarah ayat 3.

ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ
Mereka yang beriman kepada perkara Ghaib... 

Menurut Qurtubi, 
▶ Diantara penafsiran al-Ghaib, iaitu Qadar qadar, iaitu hukum peraturan dan takdir Allah. 

Sebagaimana disyaratkan dalam Surah al-Qamar ayat 49

Al-Qamar 54:49

إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَٰهُ بِقَدَرٍ 

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

Iman kepada takdir termasuk kepercayaan beriman kepada Ghaib.

Sebagaimana dalam Hadis nabiﷺ


كل شيء بقدر حتى العجز والكيس
"Segala sesuatu diciptakan dengan ukuran (takdir) bahkan yang lemah maupun yang cerdik." (HR. Muslim/2655)

▶Jadi, ketentuan ini sudah ada. 

kalau buat A, dapat A1, kalau buat B, dapat B1. Semua itu telah dicatat oleh Allah.

Kita tak tahu apa takdir Allah. Makanya, Kita beramal dengan cara yang terbaik. Dengan memahami apa yang ada di dalam al-Quran, maka InsyaAllah kita akan selamat.

___
📌 Kesimpulannya

Inilah 6 rukun iman yang menjadi asas perkara penting orang bertaqwa. Ciri pertama daripada 15.

Setiap hari kita kena semak apa yang kita buat pda hari ini, adakah dia  menepati kepada keimanan kepada 6 perkara ini.

Jika iman itu leper, tidak bulat, maka, iman itu ada missing part daripada 6 perkara itu yng perlu kita semak balik semula.

Orang yang beriman ini, motivasinya tinggi dlm kehidupan dia. Dia tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment