Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas
Tajuk : Ciri 3 dan 4/15 pohon Taqwa ➡ Zakat & infaq
___
Hari ini kita akan melihat ciri Taqwa yang ke-3 dan ke-4. Kita gabungkan sekali.
Ciri yang ke-3 ➡ Menunaikan zakat
Ciri yang ke-4 ➡ Infaq
___
📌 Zakat menambahkan harta
زكاة
Berulang di dalam al-Quran sebanyak 32 kali
▶ Bermaksud berkembang dan bertambah yang asal daripada Allah S.W.T.
Seseorang yang mengeluarkan zakat daripada hartanya, Allah akan menambah & memberkati hartanya.
▶ Zakat juga bererti yang dikeluarkan manusia daripada hak Allah kepada fakir miskin.
Jadi, zakat ini diharap membawa berkat, membersih hati, inilah yang dimaksudkan dengan zakat.
Ibnu Manzur menyatakan bahawa ▶ zakat secara bahasanya bererti bersih, berkembang, berkat dan memuji.
Surah At-Taubah,9, ayat 103
خُذْ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) ; dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
▶ Zakat ialah suatu nama bagi harta yang dikeluarkan.
Dinamakan zakat kerana ia membawa berkat, pembersihan hati dan bermacam-macam kebaikan.
Zakat menjadi salah satu daripada ciri orang bertaqwa adalah daripada surah al-Baqarah, 2, ayat 3
Al-Baqarah 2:3
..... وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ
.... serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Para mufassir berbeza pendapat dengan apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut :-
Ibnu Abbas menyatakan
▶ mengeluarkan zakat kerana Allah.
Menurut riwayat daripada Ibnu Mas'ud,
▶ nafkah suami terhadap isterinya.
Menurut at-Tobrani dalam tafsir yang lebih baik, ayat diatas mengandungi makna
▶ Kewajipan harta, seperti mengeluarkan zakat, nafkah kepada isteri, nafkah wajib kepada kaum kerabat dan lain-lain nya
Fairuzabadi menafsirkan
▶ Dengan menyedekahkan sebahagian harta mereka.
Abu bakar & sahabat berpendapat
▶ Menunaikan zakat harta
Jadi, bagi orang yang solat, dia akan berzakat kerana pandangan bahawa harta adalah Qarin, ar-Ruh, teman ruh.
Jadi, para sahabat berijmak untuk memerangi mereka yang tidak mahu membayar zakat.
Menurut ulama, Allah menyebutkan zakat dalam ayat tersebut kerana ia merupakan ketentuan hukum dalam harta.
Dalam Hadis Nabi S.A.W
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ؟ما بَعث مُعاذًا رضي الله عنه على اليمنِ، قال : إنك تَقدُمُ على قومٍ أهلِ كتابٍ، فليكُنْ أولَ ما تدعوهم إليه عبادةُ اللهِ، فإذا عرَفوا اللهَ، فأخبِرْهم : أن اللهَ قد فرَض عليهم خمسَ صلواتٍ في يومِهم وليلتِهم، فإذا فعَلوا، فأخبِرْهم أن اللهَ فرَض عليهم زكاةً من أموالِهم، وتُرَدُّ على فقرائِهم، فإذا أطاعوا بها، فخُذْ منهم، وتَوَقَّ كرائمَ أموالِ الناسِ .(رواه البخاري ومسلم)
Makna hadith:
Daripada Ibn ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma: Bahawasanya ketika mengutuskan Mu’az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu ke Yaman, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum yang memiliki pengetahuan tentang Al-Kitab. Maka hendaklah, yang pertama engkau seru kepada mereka agar beribadah kepada Allah. Apabila mereka telah mengenal Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam. Apabila mereka telah mengerjakannya,maka beritahukanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat yang diambil daripada orang kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada orang miskin di antara mereka. Apabila mereka telah mentaatinya, maka ambillah zakat daripada mereka dan hindarilah harta benda yang paling dicintai oleh mereka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis ini, Asqalani memaparkan
▶ Jika penduduk Yaman sudah menerimanya, mka pungutlah zakat daripada orang kaya.
Pungutan zakat ini dapat dilakukan oleh Imam ataupun wakil.
Orang yang tidak mahu membayar zakat, boleh dipungut dengan paksaan.
Dan imam Malik dan sebagainya berpendapat, zakat itu boleh diberikan kepada satu asnaf sahaja.
Bila bercakap tentang zakat ini, ia ada haul dan nisabnya.
Zakat ini ada bermacam jenis antaranya zakar harta, zakat gaji, zakat fitrah, zakat perniagaan dan lain-lain, itu perkara yang melandasi kepada orang bertaqwa.
___
📌 Infaq : mengeluarkan harta
Ciri yang ke-4 adalah infaq
إنفاق
Yang berulang sebanyak 73 kali
▶ Yang bermaksud menafkahkan harta ataupun rezeki yang Allah berikan. Baik yang wajib ataupun. Yang sunnah.
Menurut as-Sobuuni
▶ Menafkahkan dan menyedekahkan harta di jalan kebaikan.
ينفق
▶ Bererti menyedekahkan harta di jalan Allah baik wajib mahupun sunnah.
Dalilnya dalam ayat 3 surah al Baqarah,
..... وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ
....serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Ini selaras Surah Al-Baqarah 2: ayat 177
...... وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَٰهَدُوا۟ۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ.
....... dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
▶ Mendermakan sebahagian harta ini penting dan perlu disalurkan kepada orang yang berhak kerana orang yang paling wajar dibantu seperti
👶 anak yatim, kerana mereka tidak mempunyai orang tua,
👨🌾 orang miskin kerana kehabisan wang, yang meminta kerana sangat miskinnya;
👥dan memerdekakan hamba.
▶ Daripada ayat ini, kita nampak bahawa *orang bertaqwa ialah orang yang selalu menderma pada
🏅 waktu lapang ataupun sulit,
🏅 baik *waktu senang ataupun waktu SUSAH, *
🏅 waktu sendirian ataupun waktu ramai.
Inilah peranan sedekah.
Kata nabi ﷺ
يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ، لاَ تُحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ
“ Wahai wanita-wanita muslimah, jangan sekali-kali seorang tetangga menganggap remeh untuk memberikan hadiah kepada tetangganya walaupun hanya sepotong kaki kambing. ” (HR. Al-Bukhari no. 2566 dan Muslim no. 2376)
Dalam hadis Nabi ﷺ yang lain :
:
عدي بن حاتم رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: ((اتقوا النار))، ثم أعرض وأشاح، ثم قال: ((اتقوا النار))، ثم أعرض وأشاح ثلاثًا حتى ظننا أنه ينظر إليها، ثم قال: ((اتقوا النار ولو بشق تمرة، فمن لم يجد فبكلمة طيبة)) ؛ متفق عليه[1].
“Maka jagalah diri kalian dari neraka walaupun dengan bersedekah sepotong belahan kurma, maka sesiapa yang tiada, hendaklah sedekah dengan kata yang baik. ” (HR. Al-Bukhari no. 6539 dan Muslim no. 2345)
▶ Jadi, kata yang baik ini juga adalah satu sedekah, ataupun satu perkara untuk mengelakkan kita daripada api neraka.
Jadi, *sedekah itu sangat asas, sangat penting kepada kehidupan manusia, menjaga hubungan sesama manusia yang harmoni dan juga akrab. *
__
📌 Kesimpulannya
Ini adalah ciri ke 3, iaitu zakat dan yang ke-4 adalah Infaq pada waktu senang susah, pada waktu wajib harus kita, memberi manfaat dan nilai tambah kepada sesama masyarakat.
Adakah hari ini kita sudah menambah nilai kepada orang sekeliling kita?
Moga-moga kita terus menjadi orang yang bertaqwa.