E-Kursus Taqwa Day 16
Tajuk: Ulat 4/5
Fasiq ialah ulat yang bahaya dalam membina pohon taqwa.
Jom kenal ulat ini untuk dielakkkan
Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 16
Penyampai Audio:
Tn. Fazrul Ismail
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas
Apakah yang merosakkan Taqwa?
Ulat 4/5 ➡ Fasiq الفاسق
Kita berkenalan dengan ulat yang keempat iaitu فِسْق ataupun فُسُق yang berulang 54 kali di dalam al-Quran.
▶ Maksudnya semua yang mempunyai kulit keluar daripada kulitnya; ataupun keluar dari sesuatu; derhaka yang melampau hukum syarak.
Orang Fasiq lebih umum daripada orang Kafir, sedang orang zalim itu lebih umum daripada orang Kafir.
Daripada paling umum
Zalim > Fasiq > Kafir
Dalam Surah As-Sajdah, 32: ayat 18
أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا كَمَن كَانَ فَاسِقًاۚ لَّا يَسْتَوُۥنَ
(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).
Dalam Surah Yunus,10: ayat 33 Allah menjelaskan bahawa orang Fasiq ini tidak mempunyai keimanan dan ketakwaan.
كَذَٰلِكَ حَقَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ عَلَى ٱلَّذِينَ فَسَقُوٓا۟ أَنَّهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
(Sebagaimana benarnya ketuhanan itu bagi Allah sahaja) demikianlah benarnya kalimah ketetapan hukum Tuhanmu, terhadap orang-orang yang fasik kerana bahawasanya mereka tidak beriman.
▶ Fasiq ini bukanlah kerana paksaan tetapi tidak mahu.
▶ Dalam hati orang fasiq tidak dapat lagi nur keimanan sedang fikiran mereka jauh daripada kemerdekaan.
Mereka tidak mampu membezakan antara kebenaran dengan kebatinan, antara petunjuk dengan kesesatan. Semuanya akibat kekufuran yang mendarah daging.
Kufur itu adalah general, di dalam itu ada Fusuq. Lebih specific lagi.
Ayat yang dikaitkan dengan Fasiq diatas adalah surah Yunus, ayat 96-97
إِنَّ ٱلَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَتُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ. وَلَوْ جَآءَتْهُمْ كُلُّ ءَايَةٍ حَتَّىٰ يَرَوُا۟ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَلِيمَ
Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman : Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.
Beriman dengan azab ini adalah saling berkait.
Orang beriman makin mudah melihat azab yang datang (future impact) berbanding orang yang tidak beriman.
___
📌 Jenis-jenis Fasiq
Walaupun Fasiq itu adalah Kufur, seorang ulama al-Baghdowi melihat bawah Fasiq itu mempunyai kadar tertentu.
1) At-Taqaabi : iaitu seorang mukmin yang melakukan dosa besar namun tetap membenci dosa besar & menganggap ia perbuatan tercela.
2) Al-Inhimak : iaitu seorang mukmin yang melakukan dosa besar dan ia tenggelam di dalamnya.
3) Al-Juhud : seorang mukmin yang melakukan dosa besar dan menganggap dosa itu adalah baik dan benar.
Imam Baghdowi menjelaskan bahawa
▶tingkat 1 hingga 2 ini masih mukmin walaupun disebut sebagai mukmin Fasiq kerana keimanan mereka tidak sampai hilang dan tetap melekat dalam hati.
▶ Sedangkan yang ke-3 digelar sebagai kafir lagi faasiq kerana pada hakikatnya dia telah mengingkari satu hal yang pokok dalam syariat.
Pendapat al-Baghdowi di atas terlihat ada kaitan daripada konsep iman versi Asy-Syaariah.
Asy-Syaariah berpendapat iman hanya terbatal pada ikrar dan tasdiq, tidak pada dihubungkan dengan amal.
Oleh itu seorang mukmin yang melakukan dosa besar tidaklah hilang iman, tetapi berhak digelar mukmin, walaupun dengan gelaran mukmin Faasiq. Ini perbincangan.
Pada perkembangannya, Fasiq mengalami transformasi makna dalam pelbagai mazhab. Mu'tazilah khawarij dan sebagainya yang mungkin tidak bincangkan di sini, tetapi tahu bahawa Fasiq ini adalah keluar daripada ajaran Islam itu sendiri.
__
📌 Ciri-ciri orang Fasiq
Jadi ada 9 perkara yang menceritakan tentang Fasiq ini:
1) Mereka mendapat siksaan yang keras.
sebagaimana dalam Surah al-Araf ayat 165.
2) Dimasukkan ke dalam neraka.
As-Sajdah, ayat 20.
3) Mereka berada dalam kesesatan
Surah Al-Baqarah, ayat 26.
4) Mereka lupa atau lalai kepada Allah S.W.T.
Surah al-Hasyr, ayat 19.
5) Persaksian mereka tidak diterima
Surah an-nur ayat 4.
6) Mereka tidak mendapat ampunan daripada Allah S.W.T
Surah al-Munaafiqun ayat 6.
7) Hidayah Allah tertutup bagi mereka.
Banyak ayat berkaitan dalam al-Quran, antaranya al-Maidah, 108, At-Taubah ayat 24.
8) Amal mereka tidak diterima.
At-Taubah ayat 53.
9) Mereka tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Surah At-Taubah, ayat 96
▶ Bila kita hayati, tabiat orang Fasiq di atas merupakan satu perosak ketaqwaan. Tidak di hairankan Orang fasiq juga dijauhkan daripada membina pohon Taqwa.
Kita doakan agar kita dapat jauhkan diri kita juga doakan agar Allah memberi diri kita kebencian kepada Kufur, fusuk, dan I'shyan dalam kehidupan sebagaimana dalam Surah Al-Hujurat.
Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah
di Group Ketua E-Kursus Taqwa
No comments:
Post a Comment