Monday, 28 October 2019

Perkara yang Merosakkan Taqwa - Ulat 2/5 ialah Syirik

E-Kursus Taqwa Day 14

Tajuk: Ulat 2/5

Syirik ialah ulat yang bahaya. Jom kenal ulat ini untuk dielakkkan



Berikut ialah catatan ringkas daripada audio E-Kursus Taqwa ~ Hari 14

Penyampai Audio:
Tn. Fazruls Ismail 
CCO Yayasan Warisan Ummah Ikhlas,
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas

Apakah yang merosakkan Taqwa?

Ulat 2/5  ➡ Syirik
___>

Hari ini kita akan melihat kepada ulat yang ke-2 iaitu Syirik.

الشرك

Berulang di dalam al-Quran sebanyak 168 kali.

Diertikan dengan menyekutukan Allah S.W.T

Secara ringkasnya Syirik ini ia diertikan dengan persekutuan seperti sekutunya manusia dengan kuda dengan sifat kehaiwanan. 

Dalam erti terminology,

▶ Syirik ini diertikan dengan iktikad sesuatu lselain daripada Allah sebagai pengubah takdir & pengatur alam.

Allah menyeru di dalam Surah Nisa, 4 :ayat 36

وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ  

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua

▶ Ibadah itu adalah penting dalam masa yang sama jangan menyekutukan Allah itu adalah penting. Ia pakej.

Mengapa ia pakej? Mengapa penting?

Kerana ada orang Beribadah & dia mempersekutukan Allah.
Ada orang dia mempersekutukan Allah & dia tidak beribadah. Ataupun dia tak mempersekutukan  tetapi dia tidak beribadah kepada Allah.     

▶ Apabila seseorang itu beribadah kepada Allah, dia mengikhlaskan ibadah itu hanya kepada Allah.

Disebabkan itu dalam Surah al-Fatihah, 1 : ayat 5 Allah menyatakan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ 

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

___
📌 Pembahagian Syirik

Dalam Islam, syirik ini terbahagi kepada 2, iaitu
1) Syirik Besar
Menyatakan adanya tuhan selain Allah. nauzubillah.
2) Yang kecil
Mengakui adanya selain Allah dalam beberapa urusan.
Seperti riak, NIFAQ, dan menyatakan ada beberapa perkara lebih penting daripada Allah, tetapi tidaklah mengatakan ada tuhan lain selain daripada Allah.

___
📌 Syirik merosakkan Iman automatik merosakkan taqwa

Ini adalah ulat yang mengganggu keimanan. Iman pun sudah terganggu, apatah lagi kita bercakap tentang Taqwa.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, iman adalah asas kepada Taqwa.

Jadi kalau katakan iman itu terganggu dengan syirik, maka ia ia akan ganggu ketakwaan, pohon taqwa yang ingin dibina sehinggakan kita tak mendapat manfaat daripada buah-buat Taqwa itu nanti.

Jadi ini mengingatkan kita bahawa jika rosaknya iman maka automatik merosakkan pohon taqwa.

Allah menyatakan dalam Surah Yusuf, 12 : ayat 106

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِٱللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشْرِكُونَ 

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

Kita mungkin selalu dengar istilah iman, istilah syirik, sekarang kita dah tahu bahawa sebenarnya syirik ini mengganggu iman.

Apa kepentingan iman pada Allah?
▶ Kita akan yakin pada Allah.
Kita akan mempunyai semangat yang kuat dalam hidup. Kita tak mudah berputus asa.

Apabila mensyirikkan Allah, kita jadi mudah putus asa.

Apa kesan keimanan kita kepada para malaikat?
▶ Kita akan yakin bahawa ada pasukan yang membantu kita dalam kehidupan kita, & membuat sesuatu kejayaan.
Kita nak buat, nak jaga keluarga kita ada para malaikat; Kita nak buat bisnes ada para malaikat yang membantu menguruskan segala-galanya ; menjaga negeri kita, keamanan negara kita. 

Jadi apabila seseorang itu mensyirikkan Allah S.W.T, maka keimanan kepada para malaikat itu akan terganggu. Dia rasakan betul ke malaikat ini akan membantu saya? 

Jadi, ini adalah ulat-ulat yang menurut al-Hassan, Mujahid & juga Amir Sya'bi & kebanyakan mufassir.

Ayat yang kita bincangkan tadi, surah Yusof, ayat 106,
▶ diturunkan kepada suatu kaum yang mempercayai Allah yang menciptakan semua makhluk, tetapi tidak menyembah Allah S.W.T.

Mereka dah percaya Allah ini memang tuhan, tetapi tidak melaksanakan apa yang Allah suruh.

Secara ringkas, apa yang kita perhatikan ialah syirik ini,
▶ Apabila seseorang itu terjatuh ke lembah Musyrik, ia telah menutupi potensi iman & Taqwanya.

Iman itu apa?
Iman itulah yang menyebabkan kita percaya, ada motivasi yang kuat dalam hidup.

Taqwa itu adalah hasil daripada Iman.
Apabila kita menjaga Quran, beribadah, maka Taqwa itu wujud di dalam diri kita sehinggakan kita mengelakkan daripada segala perkara yang memberi masalah kepada kita. Itu Taqwa.

___
📌

Maka Nabi  menyatakan,

 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ ؟ قَالَ : أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ* قَالَ : قُلْتُ لَهُ : إِنَّ ذَلِكَ لَعَظِيمٌ ، قَالَ : قُلْتُ : ثُمَّ أَيٌّ ؟ قَالَ : ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ مَخَافَةَ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ قَالَ : قُلْتُ : ثُمَّ أَيٌّ ؟ قَالَ : ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ حَلِيلَةَ جَارِكَ

▶ Menyekutukan Allah akan sesuatu padahal Dia yang menjadikan kamu. Jadi, ini dosa paling besar.

Dosa yang akan menyebabkan kita stress, kita makin lama makin rasa tak ada maknanya hidup; Kita rasa bahawa apa yang saya buat ini semua tak kena; Rasa bahawa ujian yang datang ini semua nak menghentam saya.

Jadi semua ini adalah kesan daripada apa? 
▶ Kesan daripada Syirik yang akan mengganggu iman, mengganggu Taqwa kita berhadapan dengan Allah S.W.T.

__

Itu sebabnya ada sekitar 12 ciri kesesatan & kejahatan syirik ini dikuatkan oleh karakter yang melekat padanya, ada 12 secara ringkas :

1) Anjuran oleh Allah bagi Rasulullah untuk berpaling daripada orang-orang Musyrik.
Kita kena berpaling jauh daripada Musyrikin. 
Ini dinyatakan dalam Surah al-Hijr ayat 94.
2) Amal yang mereka kerjakan terhapus.
Surah al-An'am ayat 88
3) Syirik merupakan kezaliman yang besar.
Surah Luqman, ayat 13
4) Mereka mendapat kecelakaan yang besar.
Surah Fussilat, ayat 6
5) Syirik adalah dosa besar.
Surah an-Nisa, ayat 48. 
6) Mereka tidak diampuni dosanya.
Apabila seseorang itu meninggal dalam keadaan Syirik, tidak diampuni dosanya
Surah an-Nisa ayat 116.
7) Mereka sesat.
Ayat 116, surah Nisa
8) Mereka tidak senang apabila diturunkan kebaikan kepada orang mukmin
Surah Al-Baqarah, 2: ayat 105.
9) Mereka mengajak manusia mengerjakan pekerjaan yang menyebabkan mereka masuk neraka.
Surah Al-Baqarah ayat 221.
10) Mereka masuk dalam neraka Jahannam. Nauzubillah.
Surah al-Bayyinah ayat 6 & surah al-Maidah ayat 72. 
11) Mereka saling memusuhi mukmin. 
Surah al-Maidah ayat 82
12) Mereka diabaikan oleh Allah & Rasul. 
Cuba kita bayangkan apabila kita diabaikan oleh Allah & Rasul. 
Kita diabaikan oleh pasangan, diabaikan oleh ibu ayah pun kita dah rasa terseksa, apatah lagi orang yang syirik kepada Allah S.W.T. 

▶ Moga-moga dengan 12 ciri yang dinyatakan ini kita dapat jauhkan, daripada ulat ini masuk menyerang ke dalam diri kita.

Caranya macam mana?
▶ Caranya sudah tentu 8 perkara input Taqwa itu kita jaga elok-elok. 

Kita jaga jangan sampai kita tidak endah, saling bermusuhan. Jangan sampai Kita menghalang perkara-perkara kebaikan kerana itu semua boleh membawa kepada syirik.

Syirik itu menyebabkan kita makin stress, makin tertekan hidup & kita rasakan bahawa masalah terlampau besar. 

Padahal sebenarnya Allah & para Malaikat semuanya adalah rakan kita yng membantu kita untuk kita kuat maju ke hadapan.


Nota dikongsi oleh Sofia dan grafik oleh Fatihah Asilah
di Group Ketua E-Kursus Taqwa

No comments:

Post a Comment