Friday, 26 July 2013

Bagaimana Mencipta Nama Selepas Mati?

Ramai yang suka bekerja dengan Steve Jobs kerana sikap agresif dan gaya fikirnya untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dalam masa yang sama, terdapat segelintir individu yang memandang sikap ini sebagai satu sikap yang sia-sia.

Mereka beranggapan, menghasilkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan orang lain adalah satu tindakan yang membazir masa. Kita akan menghadapi risiko yang tinggi, sama ada kerugian berbilion ringgit, atau kerugian masa selama bertahun-tahun akibat mengusahakan sesuatu yang tidak pasti.
Personaliti Mencerminkan Diri Steve Jobs
Tetapi tidak pada diri Steve Jobs. Selagi beliau mahu produk itu disiapkan, maka ia mesti disiapkan. Walau apa jua cara sekalipun.
Ini adalah personaliti pemilik bisnes yang mempunyai skrip kepimpinan yang berkaliber.
Memiliki sikap sebagai seorang pemimpin berkaliber dapat menyelamatkan kita daripada terjerumus daripada kata-kata negatif. Seperti kata Robin Sharma, seorang pemimpin yang hebat adalah mereka mengendahkan kata-kata orang yang bersikap negatif.
Mereka fokus pada visinya serta meletakkan usaha sepenuhnya untuk merealisasikan kepercayaan itu.
Pemergian Steve Jobs pada tarikh 5 Oktober 2011 cukup memberi kesan terhadap penduduk di dunia ini. Menurut kenyataan daripada media-media, Steve Jobs ibarat seorang manusia yang berjaya mengubah dunia menjadi lebih baik, dengan terhasilnya teknologi-teknologi yang bukan sahaja memudahkan manusia.
Tetapi ia juga memberikan mereka nilai tambah dalam diri mereka, apabila menggunakan produk-produk keluaran syarikat Apple. Ia telah mencantumkan hati mereka dengan iPod, iPad, iPhone dan banyak lagi.
pemergian Steve Jobs
Kini, Apple bukan sahaja dikenali sebagai satu jenama. Tetapi sebuah simbol teknologi yang menguasai dunia.
Steve Jobs telah berjaya mencapai cita-citanya, untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberikan 1001 ingatan kepada dirinya, meskipun beliau telah pergi meninggalkan kita semua.
Tetapi adakah ini bermakna berhentinya proses inovasi di dunia ini? Tidak.
Seterusnya adalah giliran kita. Kita pula yang akan terus menerus untuk mengubah dunia ini menjadi lebih baik, melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, dan melaksanakannya bukan kerana ingin memenuhi nafsu diri sendiri semata-mata.
Tetapi kerana mahu nama kita diingati, dihargai dan dikenang selepas mati. Agar ia dapat dijadikan sebagai doa-doa atau saham akhirat kita apabila berada di alam mati kelak.
Bagi yang sedang berusaha untuk mencapai sesuatu, jangan berhenti di situ. Berusahalah sehabis baik dan bersabarlah sebelum menikmati kejayaan.
Semoga pemergian Steve Jobs ini dapat mendidik kita untuk menghargai kehidupan sebelum mati. Mengingati mati adalah jalan yang terbaik untuk membuat keputusan yang kita impikan dalam hidup.
Mengingati mati dapat membuatkan diri kita lebih dekat kepada Tuhan, untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik dalam setiap saat kita bernafas di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment